ANKARA/DAMSYIK: Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye meningkat kepada 31,643 menjadikan jumlah korban keseluruhan termasuk Syria melebihi 35,000 manakala puluhan ribu lagi cedera, lapor Agensi Anadolu memetik agensi bencana negara.
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin berkata usaha bantuan PBB membabitkan keperluan mendesak seperti tempat tinggal, makanan dan persekolahan serta menampung keperluan kemanusiaan selama tiga bulan di Syria.
Persatuan Bulan Sabit Merah Afghanistan menderma 4.5 juta afghanis (US$50,000) dalam bentuk tunai untuk membantu penduduk yang terjejas di Turkiye, lapor agensi berita Bakhtar pada Isnin.
Kumpulan pertama bekalan bantuan yang menuju ke Turkiye dan dibiayai kerajaan China tiba di Istanbul pada 11 dan 12 Februari.
Bekalan lain termasuk mesin elektrokardiograf, peralatan diagnostik ultrasonik, kenderaan pengangkutan perubatan dan katil hospital akan dihantar pada minggu ini.
Pasukan penyelamat dari China setakat ini berjaya menyelamatkan lebih 10 mangsa.
Kekurangan peralatan perubatan dan anggota penyelamat telah mengehadkan keupayaan Bulan Sabit Merah Syria dalam membantu di kawasan bencana, kata Mey al-Sayegh, jurucakap Persatuan Palang dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Antarabangsa yang berpangkalan di Beirut.
Al-Sayegh berkata bahawa Bulan Sabit Merah Syria tidak mempunyai peralatan yang mencukupi kerana perang yang dahsyat di negara itu sejak 2011.
Cuaca sejuk di Syria dan Turkiye merupakan satu lagi cabaran serius dalam usaha membantu mangsa gempa bumi, katanya.
Mengulas mengenai sekatan semasa Amerika Syarikat ke atas Syria, al-Sayegh berkata sekatan itu menghalang dan melambatkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Syria yang dilanda gempa bumi.
IFRC memperuntukkan 1 juta franc Swiss (US$1.09 juta) kepada Bulan Sabit Merah Syria dan 2 juta franc Swiss kepada Bulan Sabit Merah Turkiye bagi membolehkan bantuan segera disalurkan kepada mangsa yang terselamat, menurut jurucakap IFRC.
--BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Keadaan di salah sebuah premis yang musnah akibat gempa bumi di Antakya, Turkiye, 13 Feb 2023. (Foto AP)
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Kebakaran pusat beli-belah Indonesia: 5 mayat ditemui dalam bilik karaoke
Lima mayat telah dikeluarkan pada Jumaat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat Jakarta pada Rabu malam.
23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.
Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
4 maut, 16 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria
Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada 126, cedera 188 orang
Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa.
Angka korban di Gaza melebihi 45,700 orang selepas 59 lagi rakyat Palestin maut
Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan kira-kira 108,856 orang telah cedera dalam serangan berterusan berkenaan.
Angka korban jambatan runtuh di Brazil meningkat kepada 12 orang
Angka korban akibat insiden jambatan runtuh di utara Brazil pada 22 Dis lepas, meningkat kepada 12 orang.
Angka korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Peningkatan jumlah korban ini berlaku selepas 48 rakyat Palestin lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir akibat serangan udara Israel.
3 maut, lebih 20 cedera bas terjunam ke gaung di Sri Lanka
Tiga orang maut dan lebih 20 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di Mallawa, Wilayah Tengah Sri Lanka pada Sabtu.