TORONTO: Pemimpin de facto Sudan yang juga ketua angkatan bersenjata mengumumkan gencatan senjata "unilateral" pada Selasa, sempena sambutan Aidiladha umat Islam.
Abdel Fattah al-Burhan menerusi ucapan di televisyen menyatakan bahawa seluruh dunia menyaksikan apa yang berlaku di Khartoum, Ubaid, Zalin, dan Nyala, serta kejadian di Junaynah yang mungkin merupakan jenayah pembersihan etnik.
Sambil mendakwa bahawa angkatan bersenjata telah menjalankan tanggungjawab mereka terhadap "konspirasi pengkhianatan" ini, Burhan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sudan atas sokongan mereka terhadap angkatan bersenjata, lapor Agensi Anadolu.
Burhan mendakwa bahawa komander Pasukan Rapid Support Forces (RSF), Mohamed Hamdan Dagalo, juga dikenali sebagai Hemedti, ingin menubuhkan kerajaan sendiri "atas kesengsaraan rakyat Sudan."
Beliau mengulangi bahawa angkatan bersenjata bersedia menyerahkan kuasa kepada kerajaan sivil yang dipimpin oleh rakyat Sudan.
Dagalo juga mengumumkan gencatan senjata "unilateral" pada malam dan hari pertama Aidil Adha.
Pada 15 April, pertempuran antara tentera Sudan dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar mengakibatkan lebih 600 orang terbunuh manakala ribuan lagi cedera.
Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, apabila tentera menggulingkan kerajaan sementara yang dipimpin Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Burhan mendakwa bahawa komander Pasukan RSF, Mohamed Hamdan Dagalo, juga dikenali sebagai Hemedti, ingin menubuhkan kerajaan sendiri "atas kesengsaraan rakyat Sudan." - Gambar Reuters

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.