GAZA: Sembilan puluh tahanan Palestin telah dibebaskan pada hari pertama perjanjian gencatan senjata.


Ringkasan AI
  • Sembilan puluh tahanan Palestin telah dibebaskan pada hari pertama perjanjian gencatan senjata, terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.
  • Tahanan yang dibebaskan termasuk Khalida Jarrar, ahli politik dan pemimpin Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP), yang telah dipenjarakan beberapa kali oleh pihak berkuasa Israel.
  • Kebanyakan tahanan yang dibebaskan menjalani penahanan pentadbiran, satu taktik yang digunakan oleh polisi Israel untuk mengekalkan orang dalam penjara tanpa tuduhan.


Mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Tahanan yang dibebaskan termasuk ahli politik dan pemimpin Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP) di Tebing Barat yang diduduki, Khalida Jarrar.

Khalida sebelum ini telah dipenjarakan oleh pihak berkuasa Israel beberapa kali atas pelbagai tuduhan termasuk 'hasutan' berkaitan kenyataan awamnya mengenai pendudukan Israel.

Menurut Al Jazeera, tahanan Palestin yang dibebaskan juga termasuk kanak-kanak di mana sebahagian mereka dipenjarakan tanpa had masa kerana membaling batu ke arah tentera Israel.

"Senarai tahanan, ratusan nama yang telah dibebaskan, kebanyakannya menjalani penahanan pentadbiran, yang merupakan taktik digunakan polisi Israel untuk mengekalkan orang dalam penjara tanpa tuduhan.

"Penahanan pentadbiran ini terus diperbaharui berulang kali," kata Khalida.

Ketika ini, terdapat lebih 10,000 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki dalam penjara Israel, menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dan Persatuan Tahanan Palestin.

Bilangan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza yang dipenjarakan oleh Israel semasa perang di wilayah terkepung itu tidak diketahui.