White House dalam kenyataan berkata, perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.
Perdana Menteri Sementara Lubnan, Najib Mikati dalam kenyataan mengesahkan, negaranya akan terus mematuhi perjanjian gencatan senjata yang dilanjutkan itu.
Pada Ahad, pihak berkuasa Lubnan melaporkan Israel membunuh 22 orang di selatan negara itu, ketika tarikh akhir untuk pasukan rejim berlaku dan ribuan penduduk cuba kembali ke kediaman mereka walaupun bertentangan dengan arahan tentera.
Tentera Lubnan, yang disokong AS, melaporkan seorang askarnya turut terkorban dalam serangan pada Ahad, dan menuduh rejim sengaja melengahkan pengunduran mereka.
Israel belum menyatakan berapa lama pasukannya akan kekal di selatan, dengan rejim mendakwa sedang merampas senjata Hezbollah dan membongkar infrastrukturnya.
Israel mendakwa serangannya terhadap Hezbollah bertujuan untuk memastikan kepulangan puluhan ribu rakyatnya yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di sempadan akibat serangan roket Hezbollah.
Hezbollah mula melancarkan serangan untuk menyokong sekutu Palestin, Hamas, semasa awal perang Gaza pada 8 Oktober 2023.
Sebelum ini, White House juga mengumumkan kerajaan Lubnan, Israel dan AS akan memulakan rundingan bagi pemulangan tahanan Lubnan yang ditawan selepas 7 Oktober 2023.