Sheriff Daerah Santa Fe, Adan Mendoza berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.
Ujar Mendoza, walaupun tiada unsur jenayah ke atas badan mangsa, tetapi pihaknya menyifatkan kematian pasangan ini sangat mencurigakan, justeru siasatan terperinci perlu dijalankan.
Pada Rabu, Pejabat Syerif Daerah Santa Fe mengesahkan Hackman dan isterinya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di rumah mereka di Santa Fe.
Hackman, 95, ditemui di bahagian pintu masuk rumah, manakala arakawa, 65, terbaring di sebelah kanan badannya di dalam bilik mandi.
Anjing baka German Shepherd perliharaan mereka turut ditemui mati di dalam almari bilik mandi berhampiran Arakawa, kata pihak polis.
Syarikat gas New Mexico telah menguji saluran gas di dalam dan sekitar rumah selepas penemuan mayat, tetapi tidak menemui sebarang masalah.
Jabatan bomba juga tidak menemukan tanda-tanda kebocoran atau keracunan karbon monoksida.
Proses bedah siasat kedua-dua mangsa serta ujian karbon monoksida dan toksikologi masih dijalankan.
