WASHINGTON: Kampus universiti di seluruh dunia telah menjadi hab protes bagi membantah perang genosid ke atas Semenanjung Gaza yang berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu.
Gelombang mega aktivisme yang bermula pada bulan lalu itu turut mendapat perhatian komuniti antarabangsa selepas ia mengekalkan momentum hingga kini.
Dari Amerika Syarikat (AS) hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Menerusi wawancara baru-baru ini, Profesor Robert Cohen di New York University menyifatkan ia sebagai gerakan protes pelajar terbesar pada abad ke-21.
“Ia menunjukkan betapa perang ganas itu mengecewakan golongan penuntut universiti di sini. Mereka juga mengkritik pemerintah AS kerana menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Israel,” ujarnya.
Protes yang mengutuk kezaliman rejim Zionis itu dicetuskan oleh kumpulan pelajar Columbia University di AS di mana mereka turut mendirikan khemah yang menjadi simbol demonstrasi tersebut.
Mereka juga menuntut pentadbiran universiti supaya menarik diri daripada syarikat yang ada kaitan dengan rejim Tel Aviv.
Tunjuk perasaan itu kemudiannya merebak ke lebih 130 kampus lain di seluruh negara termasuk institusi pengajian tinggi terkemuka seperti Harvard, Yale, Stanford, MIT dan University of California, Los Angeles.
Gerakan itu bagaimanapun berdepan halangan pihak berkuasa yang melancarkan tindakan kekerasan ke atas peserta protes secara aman itu.
Menurut data Axios, lebih 2,900 individu telah ditahan di 61 kampus di seluruh AS.
Siri protes itu juga tidak sia-sia selepas rangkaian berita, The Intercept melaporkan kira-kira tujuh universiti bersetuju dengan sebahagian tuntutan kumpulan pelajar tersebut.
Demonstrasi pro-Palestin serupa turut melanda Kanada dan Mexico serta beberapa negara Eropah.
Di Britain, kumpulan penuntut berkenaan bertindak mendirikan khemah di institusi pengajian tinggi utama seperti Cambridge dan Oxford bagi menuntut pentadbiran universiti supaya tidak lagi terlibat dengan firma yang mempunyai kaitan dengan Israel.
Di Perancis, pelajar sekolah menengah turut mengadakan protes pada awal bulan lalu bagi menuntut usaha pemerintah untuk melaksanakan gencatan senjata segera di Gaza dan pengiktirafan negara Palestin.
Di Jerman, kumpulan penuntut dilaporkan bertempur dengan pasukan keselamatan hingga menyebabkan penahanan sejumlah penunjuk perasaan dan pelajar universiti.
Demonstrasi anti-Israel itu juga bergema di rantau Asia Pasifik dan Asia Barat.
Di Korea Selatan, protes tersebut dilancarkan di Seoul National University anjuran kelab solidariti Palestin digelar Soobak dalam bahasa tempatan yang bermaksud buah tembikai (simbol Palestin).
Sejak beberapa minggu lalu, kumpulan pelajar di negara jiran Palestin seperti Mesir dan Lubnan juga mula bangkit menyertai gerakan protes global tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Tue May 14 2024
Pelajar universiti mengadakan protes di hadapan bangunan Pantheon di Paris, Perancis sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin. - Foto REUTERS
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Laporan akhir kematian pakar patologi didedah bulan depan
Laporan akhir kematian pakar patologi di Lahad Datu didedah bulan depan
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Laporan akhir pasukan petugas khas bebas berhubung kematian pakar perubatan patologi di Lahad Datu, Sabah dijangka didedahkan bulan depan.
Kebenaran bina semula rumah mangsa belum diluluskan
Lebih 600 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua di Tawau kini berada dalam dilema, kerana kebenaran untuk membina semula rumah masih belum diluluskan berikutan status tanah milik kerajaan.
Palestin beri amaran kesan serius hasutan Israel untuk rampas Tebing Barat
Kementerian Luar Palestin menuduh Netanyahu sengaja kekalkan sokongan terhadap gabungan pemerintahannya dengan mengorbankan Tebing Barat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam penerbitan peta Israel yang mendakwa mempunyai "hak wilayah bersejarah" di Palestin dan sebahagian besar Jordan, Lubnan dan Syria.
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
Mesir, AS bincang perkembangan di Gaza dan Syria
Badr Abdel Aati mengadakan perbincangan melalui panggilan telefon dengan Antony Blinken pada Ahad berhubung perkembangan terkini di Semenanjung Gaza dan Syria.
Tiga konvoi bantuan ke UAE tiba di Gaza dalam operasi Chivalrous Knight 3
Tiga konvoi bantuan kemanusiaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki Semenanjung Gaza minggu ini melalui Pintu Sempadan Rafah di Mesir.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Laporan turut mendedahkan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Tentera Israel kepung Hospital Indonesia di Gaza, arah segera dikosongkan
Tentera pendudukan Israel telah mengepung Hospital Indonesia di Beit Lahiya, utara Gaza dan menuntut premis itu segera dikosongkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
GPM Malaysia lancar rayuan bantuan musim sejuk, sasar raih RM1 juta untuk Gaza, Syria
GPM menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta sehingga 15 Januari depan untuk menyediakan barangan keperluan asas seperti selimut, pakaian musim sejuk, alat pemanas, bahan bakar, dan bekalan makanan.