Polis Jerman telah menemui bukti rawatan perubatan penyakit psikologi di rumah pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz.
Penyiasat membuat penemuan itu ketika menggeledah rumah Lubitz di Dusseldorf dan merampas beberapa "ubat-ubatan untuk rawatan penyakit psikologi."
"Juruterbang berusia 27 tahun itu telah dirawat oleh beberapa pakar neurologi dan psikiatri," lapor akhbar mingguan Welt am Sonntag yang memetik kata seorang penyiasat berpangkat tinggi yang tidak mahu dikenali.
Laporan itu berkata tiada bukti yang Lubitz menghidap ketagihan dadah atau alkohol.
Ia menambah bahawa pembantu juruterbang Germanwings itu menderita akibat terlalu tertekan dan mengalami kemurungan teruk, menurut nota peribadi yang ditemui.
Namun, penyiasat Perancis dan Jerman enggan mengesahkan atau menafikan laporan itu.
Pendakwa raya Jerman percaya Lubitz menyembunyikan penyakit yang dihidapi daripada majikannya.
Dia juga dipercayai telah mengoyakkan surat cuti sakit yang diperolehnya pada awal hari kejadian.
Lubitz disyaki dengan sengaja menyebabkan pesawat tambang murah Germanwings Airbus 320 terhempas di banjaran Alps Perancis yang meragut nyawa 150 penumpang dan kru.
AFP
Sun Mar 29 2015

Polis Jerman telah menemui bukti rawatan perubatan penyakit psikologi di rumah pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz. -Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Germanwings: Andreas Lubitz kaji mengenai pintu kokpit dan bunuh diri
Pembantu juruterbang yang disyaki sengaja menjatuhkan pesawat Germanwings pada 24 Mac lalu turut mencari maklumat tentang 'bunuh diri' dan pintu kokpit di internet.

Germanwings: Rakaman suasana panik dalam kabin sebelum nahas tersebar
Sebuah video yang tersebar didakwa memaparkan detik akhir di dalam kabin pesawat Germanswings yang terhempas minggu lalu.

Germanwings: Ubat penyakit psikologi ditemui di rumah pembantu juruterbang
Polis Jerman telah menemui bukti rawatan perubatan penyakit psikologi di rumah pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz.

Germanwings: Bekas teman wanita dedah perlakuan aneh Lubitz sebelum nahas
Seorang wanita telah mendedahkan perlakuan aneh juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz, sebelum kejadian nahas yang menimpa pesawat itu pada Selasa.

Nahas Germanwings: Syarikat penerbangan bergegas laksana dasar kokpit baru
Syarikat-syarikat penerbangan dan pembuat dasar telah bergegas untuk membuat mandat baru bahawa dua orang anak kapal perlu berada dalam kokpit pada setiap masa berikutan tragedi Germanwings.

Tiada indikasi mengenai motif pembantu juruterbang: CEO Lufthansa
Tiada petunjuk untuk mengenalpasti sebab pembantu juruterbang Germanwings sengaja menghempaskan pesawat itu, kata Carsten Spohr.

Juruterbang perlu kerap jalani pemeriksaan fizikal, mental: ICAO
Berikutan nahas Germanwings pada Selasa, para juruterbang harus kerap menjalani pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental, kata agensi UN itu.