NEW YORK: Sebuah gitar yang pernah digunakan John Lennon telah dijual pada harga AS$2.9 juta (RM13.61) dalam satu lelongan pada Rabu.
Julien's Auctions berkata, jumlah itu merupakan jualan tertinggi dalam sejarah lelongan barangan kumpulan Beatles.
Gitar akustik 12 tali itu digunakan semasa merakam album dan filem Beatles berjudul 'Help!' pada tahun 1965 dan tidak pernah dilihat atau digunakan selama lebih 50 tahun.
Alat muzik itu dimiliki pemain gitar Scotland, Gordan Waller yang merupakan ahli kumpulan pop Peter and Gordan.
Kemudian Peter menyerahkan gitar berkenaan kepada pengurus kumpulan tersebut.
Puluhan tahun kemudian, pemilik baharu sebuah rumah di kawasan pedalaman Britain menemui gitar berkenaan di dalam rumah berkenaan dan memutuskan untuk melelong barangan tersebut.
Sebelum ini, pakar menganggarkan gitar terbabit bernilai antara AS$620,000 dan AS$823,000.
Gitar tersebut dibeli pembida melalui panggilan telefon di Hard Rock Cafe New York pada Rabu lepas.
Lelongan berkenaan merupakan sebahagian daripada jualan dua hari ikon muzik oleh Julien's Actions.
Ketua Executive syarikat itu, David Goodman berkata gitar berkenaan merupakan simbol legasi John Lennon.
"Kami teruja untuk mencapai rekod dunia dengan jualan gitar Hootenanny milik John Lennon ini.
"Gitar ini bukan sahaja merupakan barangan bersejarah dalam dunia muzik, namun merupakan simbol legasi John Lennon.
"Jualan pada hari ini membuktikan kesetiaan abadi peminat kepada muzik Beatles dan John Lennon," katanya.
Gitar berkenaan dibuat oleh syarikat Bavaria Framus pada awal 1960-an dan pernah digunakan di dalam filem 'Help!' ketika kumpulan itu memainkan lagu 'You've Got to Hide Your Love Away'.
Ia juga digunakan semasa sesi rakaman lagu 'Help!', 'It's Only Love' dan 'I've Just Seen a Face and Girl'.
Pemilik bersama dan Pengarah Eksekutif Julien's Auctions, Darren Julien telah terbang ke United Kingdom (UK) bagi meneliti kesahihan gitar berkenaan selepas berita penemuannya.
Gitar itu dikatakan ditemui pemilik baharu sebuah rumah di kawasan pedalaman UK dan kotak gitar tersebut, yang telah dibuang ke tong sampah, telah diselamatkan.
Julien berkata, beliau meminta bantuan pakar sejarah kumpulan Beatles Andy Babiuk dan Danny Bennett untuk mengesahkan ketulenan barangan tersebut.
Pada tahun 2015, Julien's melelong sebuah lagi gitar milik Lennon, gitar akustik Gibson J-160E, yang dilaporkan telah dicuri.
Ia kemudian dibeli oleh seorang pemuzik pada tahun 1969 dan dilelong pada harga AS$2.4 juta (RM11.27 juta).
Syarikat lelongan itu berkata, pihaknya juga berjaya menjual kit dram yang pernah digunakan Ringo Star dengan harga AS$2.2 juta (RM10.32 juta).
Astro Awani
Sat Jun 08 2024

Gitar akustik 12 tali itu digunakan semasa merakam album dan filem Beatles berjudul 'Help!' pada tahun 1965 dan tidak pernah dilihat atau digunakan selama lebih 50 tahun. - Foto REUTERS

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Skype tamat operasi 5 Mei, pengguna digalakkan beralih ke Microsoft Teams
Aplikasi Skype bakal menamatkan operasinya pada 5 Mei ini selepas 21 tahun beroperasi.

Jurulatih wanita, Jeffer Rosobin berpisah dengan BAM
Jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, selepas 16 bulan bersama badan induk itu, demikian menurut kenyataan BAM hari ini.

Apartmen wakaf Negeri Sembilan di Gaza bakal beri manfaat bermakna - MAPIM
Usaha kerajaan negeri melancarkan tabung Apartmen Wakaf Negeri Sembilan iaitu sebahagian daripada projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza bakal memberi manfaat bermakna kepada penduduk Gaza dan menjadi c

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

Wanita Jepun maut jatuh kondominium di Subang Jaya
Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pagi tadi.

Polis Johor tahan lelaki bersama dadah bernilai RM2.58 juta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.58 juta dalam satu operasi di sekitar daerah ini pada 16 Feb lepas.

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.

Gitar milik John Lennon dilelong pada harga RM13.61 juta
Julien's Auctions berkata, jumlah itu merupakan jualan tertinggi dalam sejarah lelongan barangan kumpulan Beatles.

Gitar penyanyi Nirvana Kurt Cobain cecah AS$1.5 juta dalam lelongan
Sebuah gitar milik penyanyi utama kumpulan Nirvana Kurt Cobain mengutip lebih AS$1.5 juta dalam lelongan di Amerika Syarikat pada Jumaat, lapor agensi berita (dpa) Jerman.

Mus May dan Oney muncul dengan single We Fight, rakaman secara normal baharu
Menurut pemain keyboard, Firdaus Mahmud yang bertindak sebagai pemuzik undangan, sesi rakaman lagu ini dibuat secara normal baharu.

Apa jadi bila Man Kidal dan XPDC bergabung layan lagu 'Bahalol'?
Sukar juga nak bayangkan 'lejen' gitaris kita Man Kidal beraksi dengan XPDC kerana tak pernah buat sebelum ni-XPDC

Gitaris terkenal Aji meninggal dunia akibat serangan jantung
Aji, 50 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Shah Alam kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Bukan di riba, tapi bayi ini nyenyak tidur atas gitar
Gelagat comel si anak dan bapa ini telah menjadikan mereka seolah-olah selebriti di media sosial dan video terbabit setakat ini telah mendapat lebih 60 juta tontonan dan lebih sejuta perkongsian.

Kagum lihat dram pelik, XPDC jemput band Padang Jambu 'jamming' sekali
Saya terkejut dengan mereka ni..hebat.Kita harap Amy (Drummer XPDC) kalau boleh dermalah drum kat diaorang

Tsunami Selat Sunda: Budak lelaki terselamat berpaut pada gitar Seventeen
Azmi menggunakan gitar tersebut untuk menyelamatkan diri dari gelombang tsunami yang melanda pantai Carita.

Rumah di Ampang jadi butik gitar eksklusif
Pemiliknya, Marc Warman merupakan seorang pengumpul gitar dan kini memiliki lebih 500 gitar di dua pameran, termasuk di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.