BANDAR RAYA MEXICO: Pasukan penyelamat akan menggunakan dron bawah air sebagai sebahagian daripada usaha untuk menyelamatkan 10 pekerja setelah mereka terperangkap selama lima hari dalam lombong arang batu bawah tanah yang ditenggelami air di utara Mexico sejak Rabu lalu, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Dron yang disediakan oleh tentera laut itu mempunyai kamera resolusi tinggi dan cahaya untuk mengenal pasti halangan tanpa membahayakan nyawa, kata Penyelaras Kebangsaan Pertahanan Awam, Laura Velazquez.
Kerja-kerja mengepam air dari lombong di Agujita di negeri utara Coahuila dilakukan untuk memastikan ia cukup selamat untuk para anggota penyelamat masuk ke dalamnya.
Tentera berharap anggota penyelamat akan dapat memasuki salah satu lubang pada pertengahan minggu ini jika paras air turun kepada 1.5 meter.
"Kami segera untuk mengalihkan air supaya anggota penyelamat boleh memasukinya," kata Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador seperti dilaporkan AFP.
Beliau melawat tapak itu pada Ahad dan menggesa usaha lebih besar dilakukan untuk menyelamatkan pelombong-pelombong tersebut.
Kira-kira 300 liter air dipam keluar pada setiap saat, katanya kepada pemberita di Bandar Raya Mexico.
Pihak berkuasa berkata, para pelombong telah menjalankan kerja-kerja penggalian di lombong tersebut di kawasan bersebelahan yang dipenuhi air.
Lima pekerja berjaya menyelamatkan diri selepas lombong tersebut dibanjiri air akibat kerja-kerja itu pada Rabu lalu. - Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Tue Aug 09 2022

Seramai 10 pelombong arang batu terperangkap di bawah tanah yang ditenggelami air di negeri Coahuila, Mexico, sejak Rabu lalu. - Foto REUTERS

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Lombong arang batu runtuh ragut 11 nyawa di barat daya Pakistan
Lombong arang batu yang terletak kira-kira 40km dari Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan, runtuh selepas letupan pada lewat Khamis.

Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.

Angka korban letupan lombong arang batu di Iran meningkat 38 orang
Letupan di sebuah lombong arang batu di Khorasan Selatan telah meragut sekurang-kurangnya 38 nyawa.

Letupan lombong arang batu: Presiden Masoud Pezeshkian ucap takziah
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa letupan daripada kebocoran gas di sebuah lombong arang batu di timur Iran.

Sekurang-kurangnya 21 maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan
Sekurang-kurangnya 21 pekerja maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan.

Greta Thunberg ditahan ketika protes di lombong Jerman
Aktivis alam sekitar dan iklim itu telah dibebaskan selepas pemeriksaan identiti oleh polis.

Angka kematian letupan di lombong arang batu meningkat
19 orang dimasukkan ke hospital dan ketika kejadian terdapat 115 pekerja di lombong berkenaan.

14 maut akibat letupan dalam lombong arang batu
Insiden berlaku di wilayah pantai Laut Hitam, Amasra pada Jumaat.

Guna dron bawah air selamatkan 10 pelombong terperangkap
Dron yang disediakan oleh tentera laut itu mempunyai kamera resolusi tinggi dan cahaya untuk mengenal pasti halangan.

8 terbunuh dalam letupan lombong arang batu
Siasatan mendapati, sebahagian stuktur lombong ranap sehingga menyebabkan pekerja lombong terperangkap di dalam.