JAKARTA: Gunung Berapi Dukono di bahagian timur Indonesia meletus pagi Rabu, mendorong pihak berkuasa menasihatkan penduduk dan pelancong supaya mengelak sebarang aktiviti dalam lingkungan dua kilometer dari gunung berapi itu.
Selain itu, penduduk berhampiran kawah Malupang-Warirang di Halmahera Utara, sebahagian daripada Kepulauan Maluku, dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko ancaman masalah pernafasan, menurut agensi volkanologi Indonesia (PVMBG).
"Letusan berkala mengeluarkan abu gunung berapi mencecah ketinggian antara 100-1,900 meter dengan tebaran abu mengikut arah dan kelajuan angin," kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Walaupun kekerapan letusan berkurangan, data rakaman gegaran PVMBG menunjukkan tanda-tanda bekalan magma meningkat ke permukaan. Sehingga kini, tahap aktiviti gunung berapi kekal pada tahap II atau 'Alert' (bersiap-sedia).
Menurut Ketua Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Halmahera Utara, Hence Heteria, letusan Dukono bermula pukul 8 malam waktu tempatan pada 8 Okt lepas, selepas berlaku bunyi dentuman dan letupan kuat.
"Letusan itu menyebabkan hujan abu gunung berapi meliputi empat mukim setakat ini," katanya.
Empat mukim yang terdedah kepada abu gunung berapi itu termasuk Tobelo Utara, Tobelo, Tobelo Tengah dan Tobelo Selatan, melibatkan 49 kampung dan menjejaskan 86,197 penduduk.
Beliau bekata letusan itu tidak memberi kesan ketara kepada masyarakat, namun pihak berkuasa tetap bersiap sedia mengedarkan 8,000 hingga 10,000 pelitup muka sehari.
Gunung Dukoni setinggi 1,087 meter dari aras laut, mempunyai dua kawah aktif, termasuk Malupang-Warirang yang menjadikannya antara gunung berapa paling aktif dan kerap meletus sehingga kini.
Ia meletus pada skala yang lebih kecil pada tahun 1719, 1868, dan 1901 dan secara berterusan meletus sejak 1933, menyebabkan kerosakan tanpa kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
![Gunung Berapi Dukono di Indonesia meletus Gunung Berapi Dukono di Indonesia meletus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700657614_GunungBerapiDukono.jpg)
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk dan pelancong supaya mengelak sebarang aktiviti dalam lingkungan dua kilometer dari gunung berapi itu. - Bernama
![Abang Johari cadang SFC jalan kajian habitat terubuk di Batang Lupar Abang Johari cadang SFC jalan kajian habitat terubuk di Batang Lupar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739892383_AbangJohariTunOpe.jpg)
Abang Johari cadang SFC jalan kajian habitat terubuk di Batang Lupar
SFC mempunyai teknologi baharu seperti peranti dan peralatan untuk menyelidik serta meneroka dasar sungai.
![MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025 MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698817686_MDEC.jpg)
MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.
![China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.
![PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645221986_LawrenceWong.jpg)
PM Singapura bentang belanjawan negara, tumpu pertumbuhan fasa seterusnya
Belanjawan itu bertujuan untuk membina momentum bagi fasa pertumbuhan negara yang seterusnya ketika Singapura menyambut kemerdekaan ke-60 tahun ini.
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
![120 penduduk dipindahkan selepas tahap amaran Gunung Ibu dinaikkan kepada ancaman tertinggi 120 penduduk dipindahkan selepas tahap amaran Gunung Ibu dinaikkan kepada ancaman tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737061639_GunungIbu.jpg)
120 penduduk dipindahkan selepas tahap amaran Gunung Ibu dinaikkan kepada ancaman tertinggi
Penduduk itu termasuk 63 keluarga, terdiri daripada 46 kanak-kanak, 11 bayi, 21 warga emas dan 42 dewasa dari enam kampung di mukim Ibu.
![Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736667872_GunungIbu.jpg)
Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732608823_MountDukono.jpg)
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
![Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731395292_MountLewotobi.jpg)
Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo
Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
![Indonesia laksana tindakan segera bantu pelancong terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Indonesia laksana tindakan segera bantu pelancong terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731395292_MountLewotobi.jpg)
Indonesia laksana tindakan segera bantu pelancong terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi
Kementerian Pelancongan Indonesia bertindak pantas dengan mengaktifkan Pusat Maklumat Pelancongan (TIC) melalui Badan Pelaksana Labuan Bajo Flores (BPOLBF).
![Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731063700_shiveluchrusiaa.jpg)
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
![Gunung Marapi Indonesia meletus Gunung Marapi Indonesia meletus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61717064386_Marapi.jpg)
Gunung Marapi Indonesia meletus
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.
![Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730704771_MountLewotobi.jpg)
Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.