MANILA: Sekurang-kurangnya 1,624 orang yang hilang tempat tinggal akibat Gunung Berapi Mayon di Filipina dilaporkan mengalami jangkitan pernafasan akut, menurut Jabatan Kesihatan Filipina pada Isnin, lapor Xinhua.
Timbalan Setiausaha Kesihatan Enrique Tayag berkata pihak berkuasa kesihatan di wilayah Albay melaporkan bahawa beberapa orang di pusat perlindungan sementara mengalami batuk, selsema dan sakit tekak.
"Terdapat peningkatan kes batuk, selsema dan sakit tekak dalam kalangan mangsa yang dipindahkan," kata Tayag pada sidang akhbar. Bagaimanapun, beliau menambah tiada wabak jangkitan pernafasan di pusat pemindahan.
Pihak berkuasa telah memindahkan hampir 19,000 penduduk sepanjang enam kilometer di kaki gunung berapi, kira-kira 500 km tenggara Manila sejak terdapat peningkatan aktiviti seismik baru-baru ini bermula pada 8 Jun.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina mengekalkan tahap amaran di sekitar gunung berapi itu pada tahap tiga daripada lima.
Gunung berapi itu terus memberi ancaman kepada penduduk, menghalang mereka daripada pulang ke kediaman masing-masing.
Penduduk yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di 27 pusat perlindungan kerajaan.
"Letusan berbahaya dalam beberapa minggu atau bahkan beberapa hari masih boleh berlaku," pakar pengkaji memberi amaran pada Isnin.
Gunung Berapi Mayon kali terakhir meletus pada 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang dipindahkan dari sembilan bandar dan majlis perbandaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Gunung Berapi Mayon terus memberi ancaman kepada penduduk, menghalang mereka daripada pulang ke kediaman masing-masing. - Gambar fail/AP
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina
Sekurang-kurangnya 1,624 orang yang hilang tempat tinggal akibat Gunung Berapi Mayon di Filipina dilaporkan mengalami jangkitan pernafasan akut.
20,000 penduduk terjejas letusan gunung berapi di Filipina
Letusan itu telah menjejaskan lebih 38,000 penduduk dan lebih 20,000 penduduk ditempatkan di 27 pusat pemindahan.
Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan
Gunung Berapi Mayon yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.