MANILA: Sekurang-kurangnya 1,624 orang yang hilang tempat tinggal akibat Gunung Berapi Mayon di Filipina dilaporkan mengalami jangkitan pernafasan akut, menurut Jabatan Kesihatan Filipina pada Isnin, lapor Xinhua.
Timbalan Setiausaha Kesihatan Enrique Tayag berkata pihak berkuasa kesihatan di wilayah Albay melaporkan bahawa beberapa orang di pusat perlindungan sementara mengalami batuk, selsema dan sakit tekak.
"Terdapat peningkatan kes batuk, selsema dan sakit tekak dalam kalangan mangsa yang dipindahkan," kata Tayag pada sidang akhbar. Bagaimanapun, beliau menambah tiada wabak jangkitan pernafasan di pusat pemindahan.
Pihak berkuasa telah memindahkan hampir 19,000 penduduk sepanjang enam kilometer di kaki gunung berapi, kira-kira 500 km tenggara Manila sejak terdapat peningkatan aktiviti seismik baru-baru ini bermula pada 8 Jun.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina mengekalkan tahap amaran di sekitar gunung berapi itu pada tahap tiga daripada lima.
Gunung berapi itu terus memberi ancaman kepada penduduk, menghalang mereka daripada pulang ke kediaman masing-masing.
Penduduk yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di 27 pusat perlindungan kerajaan.
"Letusan berbahaya dalam beberapa minggu atau bahkan beberapa hari masih boleh berlaku," pakar pengkaji memberi amaran pada Isnin.
Gunung Berapi Mayon kali terakhir meletus pada 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang dipindahkan dari sembilan bandar dan majlis perbandaran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
![Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686542609_TbPhilippines.jpg)
Gunung Berapi Mayon terus memberi ancaman kepada penduduk, menghalang mereka daripada pulang ke kediaman masing-masing. - Gambar fail/AP
![Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739262166_HinaAgong.jpg)
Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
AWANI Ringkas: Malaysia dan Turkiye semakin erat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728377712_TBTokMat.jpg)
Pemindahan paksa rakyat Gaza adalah penghapusan etnik dan tidak boleh diterima - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan menyuarakan pendirian itu ketika dihubungi rakan sejawatnya dari Iran, Seyyed Abbas Araghchi pada Isnin.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
![Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686542609_TbPhilippines.jpg)
Gunung Berapi Mayon: 1,600 penduduk alami jangkitan pernafasan di Filipina
Sekurang-kurangnya 1,624 orang yang hilang tempat tinggal akibat Gunung Berapi Mayon di Filipina dilaporkan mengalami jangkitan pernafasan akut.
![20,000 penduduk terjejas letusan gunung berapi di Filipina 20,000 penduduk terjejas letusan gunung berapi di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686909175_MountMayonvolcano.jpg)
20,000 penduduk terjejas letusan gunung berapi di Filipina
Letusan itu telah menjejaskan lebih 38,000 penduduk dan lebih 20,000 penduduk ditempatkan di 27 pusat pemindahan.
![Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-01/51517269177_MountMayon.jpg)
Ancaman letusan gunung berapi, ribuan penduduk Filipina dipindahkan
Gunung Berapi Mayon yang terkenal dengan bentuk kon yang sempurna, menghasilkan arus ketumpatan piroklastik atau aliran panas abu dan serpihan berikutan kubah lahar di puncak runtuh.