HELSINKI: Sebuah gunung berapi meletus di Iceland selepas beberapa hari negara itu dilanda gempa bumi, lapor Xinhua memetik laporan stesen penyiar Iceland RUV pada Isnin.
Letusan di Semenanjung Reykjanes berhampiran ibu negara Reykjavik berlaku kira-kira 16.40 waktu tempatan pada Isnin, menurut Pejabat Meteorologi Iceland.
Profesor geofizik Magnus Tumi Gudmundsson berkata hanya letusan kecil berlaku setakat ini, tetapi masih terlalu awal untuk menyatakan bagaimana ia akan berkembang.
Aliran lava sepanjang 200 meter dicatatkan pada petang Isnin.
Pejabat Meteorologi Iceland membandingkan letusan berkenaan dengan permulaan aktiviti gunung berapi di kawasan itu pada 2021 dan 2022. Pergolakan seismik semasa bermula pada 4 Julai.
Menurut Isavia, yang mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik, letusan itu tidak memberi kesan kepada penerbangan domestik atau antarabangsa.
Bagaimanapun, penerbangan dilarang dalam radius tiga batu dari letusan gunung berapi, kecuali penerbangan yang membawa saintis dan pasukan kecemasan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023

Letusan di Semenanjung Reykjanes berhampiran ibu negara Reykjavik berlaku kira-kira 16.40 waktu tempatan pada Isnin. -Gambar fail/Reuters

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Laos akan bangunkan gunung berapi tidak aktif sebagai tarikan pelancongan ikonik
Laos sedang berusaha untuk membangunkan kemudahan di sekitar gunung berapi yang tidak aktif di Daerah Paksong.

120 penduduk dipindahkan selepas tahap amaran Gunung Ibu dinaikkan kepada ancaman tertinggi
Penduduk itu termasuk 63 keluarga, terdiri daripada 46 kanak-kanak, 11 bayi, 21 warga emas dan 42 dewasa dari enam kampung di mukim Ibu.

Gunung Ibu meletus, orang ramai digesa jauhi zon bahaya
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.

Gunung berapi Lewotobi Indonesia: 124 Rakyat Malaysia lapor keberadaan di Labuan Bajo
Seramai 124 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur setakat Rabu, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Indonesia laksana tindakan segera bantu pelancong terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi
Kementerian Pelancongan Indonesia bertindak pantas dengan mengaktifkan Pusat Maklumat Pelancongan (TIC) melalui Badan Pelaksana Labuan Bajo Flores (BPOLBF).

Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.

Gunung Marapi Indonesia meletus
Letusan berlaku pada 8.54 pagi waktu Jakarta, dengan abu tersebar ke arah timur dan timur laut kawah.