Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel pada 26 Mei yang menyasarkan kem di Rafah menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa berkata Guterres berasa sedih menyaksikan imej mangsa yang terbunuh dan cedera termasuk ramai kanak-kanak kecil.
"Seperti yang telah beliau katakan sebelum ini, kengerian dan penderitaan mesti dihentikan serta-merta," kata Dujarric dalam kenyataan itu.
Guterres sebelum ini menggunakan media sosial untuk mengutuk tindakan Israel dalam hantaran di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Dujarric menyatakan bahawa malapetaka kemanusiaan di Gaza kini diburukkan lagi oleh prospek kebuluran buatan manusia yang tidak dapat dielakkan.
Ketua PBB itu mengulangi permintaannya untuk gencatan senjata segera serta pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan.
"Beliau mengingatkan perintah terkini dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang mengikat dan mesti dipatuhi," kata Dujarric.
Mahkamah tertinggi PBB, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 24 Mei mengeluarkan langkah sementara baharu yang mengarahkan Israel untuk segera menghentikan operasi ketenteraan di Rafah, yang terletak di selatan Gaza.
Guterres juga menekankan bahawa pihak berkuasa Israel mesti membenarkan, memudahkan dan membolehkan penghantaran bekalan kemanusiaan segera, selamat dan tanpa halangan kepada mereka yang memerlukan, dengan semua pintu masuk kekal terbuka selaras resolusi Majlis Keselamatan 2720 (2023), kata jurucakap itu.
"Kita mesti bekerja dengan pantas untuk memulihkan keselamatan, maruah dan harapan untuk penduduk yang terjejas," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

Guterres berasa sedih menyaksikan imej mangsa yang terbunuh dan cedera termasuk ramai kanak-kanak kecil. - Gambar/ Reuters

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.

Malaysia komited perkukuh kerjsama antarabangsa demi kesejahteraan bersama
Malaysia komited untuk terus bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam merealisasikan pembangunan yang lebih adil, mampan dan berdaya tahan demi kesejahteraan bersama.

Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Tiada rancangan rombakan Kabinet Sarawak - Abang Johari
Tiada rombakan Kabinet negeri akan dilakukan susulan keputusan pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abdul Karim gagal pertahan jawatan Naib Presiden PBB, Ibrahim Baki raih undi tertinggi
Abdul Karim Rahman Hamzah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden sayap Bumiputera PBB pada pemilihan semalam.

PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.

Trump mahu Gaza: Gunakan mekanisme bidang kuasa universal dakwa Netanyahu, Israel - CENTHRA
Mekanisme bidang kuasa universal boleh digunakan untuk mendakwa dan memastikan tindakan undang-undang dikenakan kepada Benjamin Netanyahu serta pegawai-pegawai Israel.

AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese, menyifatkan tindakan Israel di Tebing Barat sebagai "jenayah,".