KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelancongan dan Kebudayaan GyeongsangBuk-do menyasarkan untuk mempromosi wilayah GyeongsangBuk-do di Korea Selatan sebagai destinasi pelancong khusus bagi rakyat Malaysia mengalami pengalaman kebudayaan sebenar Korea.
Presiden pertubuhan itu Kim Seongjo berkata GyeongsangBuk-do merupakan sebuah wilayah di Korea dengan tradisi dan kemodenan bersatu dalam suasana harmoni untuk menjadi "Korea sebenar" dengan tiga kebudayaan utama wujud bersama, yakni kebudayaan Buddha, kebudayaan Andong's Confucian, dan kebudayaan Goryeo's Gaya Dynasty.
"Wilayah Gyeongbuk (GyeongsangBuk-do) mengandungi 23 bandar raya, kecil dan besar, termasuk Gyeongju, yang merupakan sebuah bandar raya warisan UNESCO dengan sejarah tamadun ribuan tahun lamanya, manakala Andong, bandar raya warisan UNESCO yang dilawati baginda Queen Elizabeth dan Putera Andrew dari England, serta Pohang dan juga Mungyeong, lokasi penggambaran K-drama (Drama Korea) dan bandar raya santai," katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Makan Malam Promosi pertubuhan itu di sini semalam.
GyeongsangBuk-do ditampilkan dalam beberapa K-drama terkenal seperti Kingdom, Hometown Cha-Cha-Cha, When the Camellia Blooms dan Alchemy of Souls.
Pelancong juga akan berpeluang menikmati hidangan makanan terkenal GyeongsangBuk yakni Andong jjimdak (ayam), ketam salji Korea serta nasi yang dibungkus daun khas.
Kim berkata GyeongsangBuk-do mempunyai sembilan taman semula jadi dengan pemandangan alam sekeliling yang indah, kesan peninggalan sejarah serta pemandangan pohon-pohon hijau menarik dengan ratio 75 peratus, sekali gus membolehkan pengunjung menikmati pesta musim bunga, percutian musim panas, aktiviti berwarna-warni musim luruh dan perjalanan menyegarkan emosi di musim sejuk.
"GyeongsangBuk-do merupakan sebuah kerajaan metropolitan terbesar yang meliputi 19 peratus daripada keluasan Korea Selatan, dan jarak dari bandar raya Seoul adalah dua jam (ke Singyeongju, Andong) ke dua jam setengah (ke Pohang) menggunakan KTX (Korea Train eXpress) Train," katanya.
Kim berharap rakyat Malaysia akan melawat GyeongsangBuk-do dan menikmati pengalaman istimewa yang tidak ditemui di mana-mana tempat lain.
Beliau berkata pertubuhan itu juga akan memperkenalkan Malaysia kepada penduduk GyeongsangBuk-do, bagi menggalakkan mereka melawat negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

Di wilayah GyeongsangBuk-do, tradisi dan kemodenan bersatu dalam suasana harmoni untuk menjadi 'Korea sebenar' dengan tiga kebudayaan utama wujud bersama. - Gambar fail/unsplash
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Gyeongsangbuk-do dipromosi sebagai destinasi pelancongan di Korea Selatan
GyeongsangBuk-do ditampilkan dalam beberapa K-drama seperti Kingdom, Hometown Cha-Cha-Cha, When the Camellia Blooms dan Alchemy of Souls.