Seorang hakim Filipina pada Isnin menolak percubaan Presiden Rodrigo Duterte untuk memastikan salah seorang pengkritiknya yang paling lantang, ditangkap.
Perkembangan itu disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai satu peringatan kepada seorang pemimpin negara selain suatu kemenangan bagi kedaulatan undang-undang.
Keputusan dari mahkamah Manila telah menafikan petisyen dari kerajaan untuk menangkap Senator Antonio Trillanes atas dakwaan yang dipersetujui bersama oleh pasukan Duterte di Parlimen dan juga peguam yang mewakilinya.
Trillanes sebelum ini lantang mengkritik kaedah Duterte menangani masalah dadah di negara itu, selain menuduhnya mengamalkan rasuah sementara anak Duterte sendiri dikatakan terlibat dalam urusan jual beli dadah.
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Hakim Andres Soriano yang telah menegakkan keadilan dan undang-undang di negara ini walaupun menerima tekanan daripada rejim Duterte,” ujar Trillanes.
Perintah penangkapan Trillanes berpunca daripada pembatalan pengampunan yang diberikan pada lapan tahun lalu kepada Trillanes, atas peranannya dalam dua percubaan rampasan kuasa pada pertengahan tahun 2000.
Duterte mendakwa pihak penggubal undang-undang tidak melengkapkan syarat pemfailan permohonan rasmi dan mengakui kesilapan, namun perintah mahkamah pada Isnin menolak hujah tersebut.
Bagaimanapun, keputusan itu dijangka bukan penyudah kepada ‘drama’ tersebut.
“Ini bukan pengakhirannya. Tiada siapa boleh mendakwa sudah menang dalam kes ini. Ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi,” ujar Setiausaha Kehakiman Menardo Guevarra.
Agensi
Mon Oct 22 2018

Duterte dan pasukannya dikatakan sedang berusaha mahu menamatkan kritikan pihak tertentu terhadap cara pentadbirannya. - Reuters
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Hakim Filipina tolak usaha Duterte mahu tangkap pengkritiknya
Perkembangan itu disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai satu peringatan kepada seorang pemimpin negara selain suatu kemenangan bagi undang-undang.