ISTANBUL: Seorang hakim persekutuan mengeluarkan perintah injunksi awal di seluruh negara pada malam Rabu untuk menghentikan perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menamatkan hak kewarganegaraan kelahiran, lapor Agensi Anadolu (AA).

Hakim Daerah Maryland AS Deborah Boardman mengeluarkan keputusan menentang perintah eksekutif Trump, yang bertujuan untuk menghapuskan hak kewarganegaraan melalui kelahiran bagi anak-anak yang dilahirkan di Amerika Syarikat oleh imigran yang tidak mempunyai dokumen dan pendatang sementara.

Boardman memutuskan yang perintah eksekutif Trump akan melanggar Pindaan Ke-14 Perlembagaan AS dan bertentangan dengan keputusan Mahkamah Agung lebih satu abad lalu yang mengikat, selain kerana sudah 250 tahun negara itu memberi hak kewarganegaraan kelahiran.

Berbeza dengan perintah sekatan sementara sebelumnya, yang dikeluarkan pada 23 Januari oleh Hakim John Coughenour dari Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Barat Washington yang dijadualkan tamat minggu ini, injunksi awal Boardman akan terus berkuat kuasa sehingga tuntutan diselesaikan atau mahkamah yang lebih tinggi membatalkan keputusan tersebut.

Beberapa pemerhati menjangkakan isu itu akan pada akhirnya dibawa ke Mahkamah Agung AS, yang Trump atau presiden Republikan lain mendapatkan majoriti yang memihak.

-- BERNAMA