GAZA : Delegasi Hamas pada Ahad mengadakan perbincangan dengan ketua perisikan Mesir di Kaherah mengenai usaha mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan perjanjian pertukaran tebusan dengan Israel.
Dalam satu kenyataan, Hamas berkata delegasi daripada pergerakan itu tiba di Kaherah dan bertemu dengan Abbas Kamel, lapor Agensi Anadolu.
"Delegasi itu menekankan tuntutan Hamas, keinginannya untuk mencapai persetujuan yang akan mencapai pemberhentian sepenuhnya permusuhan, pengunduran tentera rejim dari Semenanjung Gaza, kepulangan penduduk yang hilang tempat tinggal ke wilayah dan kediaman mereka secara bebas, bantuan kepada penduduk dan permulaan pembinaan semula apa yang dimusnahkan oleh tentera penceroboh," katanya.
Hamas juga menekankan keperluan untuk "mencapai perjanjian pertukaran tebusan di mana tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan (Israel) yang ditahan oleh Hamas di Gaza.
Kenyataan itu menambah bahawa "Hamas menegaskan keazamannya bersama dengan semua kumpulan pejuang dan puak Palestin untuk mencapai matlamat kebangsaan serta menubuhkan negara Palestin merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara, hak untuk pulang dan menentukan nasib sendiri."
Terdahulu pada Ahad, Israel memutuskan untuk menghantar delegasi ke Kaherah untuk terlibat dalam proses rundingan bagi mencapai perjanjian pertukaran tebusan dengan Hamas.
Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) cuba memuktamadkan perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata di Gaza selepas jendela kemanusiaan pertama hanya berlangsung selama seminggu pada akhir November tahun lepas.
Usaha itu membolehkan bantuan kemanusiaan terhad memasuki Semenanjung Gaza serta pertukaran tebusan Israel untuk tahanan Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang ditahan di penjara Israel.
Hampir 33,200 warga Palestin maut dan 75,577 cedera di Gaza selain daripada kemusnahan berskala besar kediaman dan infrastruktur serta kekurangan bekalan keperluan selepas diserang Israel sejak Oktober tahun lepas.
Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memerintahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan bagi mengelakkan kebuluran di Gaza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) cuba memuktamadkan perjanjian pertukaran tebusan dan gencatan senjata di Gaza selepas jendela kemanusiaan pertama hanya berlangsung selama seminggu pada akhir November tahun lepas. - Foto Reuters
Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Henti label Hamas pertubuhan pengganas dan penderhaka, yang jahat Israel - Prof Kamaruzzaman
Henti melabel kumpulan Hamas sebagai sebuah badan pengganas, radikal atau penderhaka.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.