GAZA: Pasukan pejuang Palestin, Hamas menyatakan mereka akan memulangkan mayat empat tebusan kepada Israel Rabu malam sebagai sebahagian daripada pertukaran terbaharu dalam gencatan senjata di Gaza.

Empat tebusan tersebut belum dikenal pasti secara rasmi, namun dipercayai mereka ialah Shlomo Mansour, 86, Ohad Yahalomi, 50, Tsachi Idan, 50, dan Itzik Elgarat, 69.

Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin - sesuatu yang sepatutnya berlaku hujung minggu lalu, namun Israel menangguhkan pembebasan itu sebagai protes terhadap cara Hamas menyerahkan tebusan sebelum ini.

Hamas telah bersetuju untuk memulangkan mayat tersebut pada Rabu tanpa sebarang upacara awam - berbeza dengan pertukaran sebelum ini.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan waktu tepat pertukaran itu akan berlaku, namun kami dan rakan-rakan di rantau tersebut bersiap sedia untuk membawa semua butiran terkini sebaik sahaja ia berlaku. - Agensi