HAMAS menyeru rakyat Palestin untuk pergi ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan melaksanakan ibadah serta beriktikaf sepanjang bulan Ramadan.

Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang itu menggesa rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan dalam Israel untuk menggerakkan semua usaha bagi mengimarahkan Masjid Al-Aqsa.

Kata Hamas, hari dan malam yang diberkati dalam Ramadan sepatutnya didedikasi kepada ibadah, keteguhan dan penentangan terhadap musuh, serta mempertahankan Baitulmaqdis dan Al-Aqsa sehingga ia dibebaskan daripada pendudukan Yahudi.

Hamas juga menyeru rakyat Palestin di seluruh dunia untuk melancarkan inisiatif dan solidariti bagi menyokong saudara Islam di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Pada Jumaat, pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri berkata, pihak berkuasa Israel mengenakan sekatan keselamatan yang ketat di Baitulmaqdis, kononnya atas alasan kebimbangan keselamatan, walaupun tujuan sebenar adalah untuk menyekat akses rakyat Palestin ke masjid itu.

Setiap tahun sepanjang Ramadan, Israel melaksanakan langkah yang mengehadkan akses rakyat Palestin ke Masjid Al-Aqsa.

Penduduk Palestin melihat sekatan itu sebagai sebahagian daripada dasar meluas Israel untuk menjadikan Baitulmaqdis Timur sebagai kawasan Yahudi dan menghapuskan identiti Arab serta Islam.