“Delegasi menekankan keperluan untuk mematuhi semua syarat dalam perjanjian, segera memulakan rundingan bagi fasa kedua, membuka lintasan sempadan, dan membenarkan kemasukan bahan bantuan ke Gaza tanpa sebarang sekatan atau syarat,” kata Hamas dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Hamas juga menyokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk gesaan bagi pembentukan kerajaan peralihan untuk mentadbir wilayah tersebut sehingga pilihan raya dapat diadakan.
“Delegasi mengesahkan persetujuan gerakan itu untuk membentuk Jawatankuasa Sokongan Komuniti yang terdiri daripada tokoh nasional bebas bagi mentadbir Gaza sehingga pentadbiran Palestin disusun semula dan pilihan raya umum di semua peringkat - nasional, presiden dan legislatif - dilaksanakan,” tambah kenyataan itu lagi.
