NEW YORK: Inisiatif inovasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNITAID pada Rabu memberi amaran bahawa kegagalan untuk melaksanakan pengesanan dan pencegahan kontak tuberkulosis (TB) boleh menyebabkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.
Agensi PBB itu menegaskan bahawa pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan TB, merupakan langkah yang berkos efektif, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Langkah itu mampu mengurangkan 35 kematian dalam kalangan kontak pesakit dan penghidap HIV dalam tempoh 12 tahun akan datang.
Kajian bersama UNITAID, Universiti John Hopkins di Amerika Syarikat dan Institut Aurum itu mendapati strategi ini boleh menyelamatkan 850,000 nyawa menjelang 2035, yang kebanyakannya mungkin dalam kalangan kanak-kanak memandangkan kadar identifikasi rendah semasa bagi yang berumur di bawah 15 tahun.
Menurut kajian itu, kegagalan untuk melaksanakan gabungan intervensi ini akan mengakibatkan hampir sejuta kematian menjelang 2035.
"Pada masa ini, terlalu ramai ahli keluarga mereka yang didiagnosis dengan TB tidak mendapat rawatan mengakibat banyak nyawa terkorban," kata ahli fakulti di Johns Hopkins, Tess Ryckman.
TB kekal sebagai penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian tertinggi di dunia walaupun ia boleh dicegah dan disembuhkan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kira-kira satu perempat daripada penduduk dunia dijangkiti TB dan berisiko menyebarkan penyakit aktif, menyebabkan penyakit yang teruk.
Selepas beberapa siri rundingan yang diketuai oleh UNITAID, kos rawatan berkurangan lebih 70 peratus sejak 2017, menjadikan penyakit itu lebih mudah dicegah dan diubati.
Selain kos berpatutan, rejimen rawatan baharu yang lebih pendek bermakna jangkitan TB boleh disekat, sebelum berkembang menjadi penyakit aktif, menurut UNITAID.
Kajian mendapati penyediaan 3HP, kursus rawatan selama 12 minggu, boleh menghasilkan anggaran pengurangan 13 peratus dalam bilangan kontak yang menghidap TB.
Sempena Mesyuarat Peringkat Tinggi PBB kedua mengenai TB pada September ini, UNITAID menggesa komitmen dan sokongan kewangan segera dalam pencegahan penyakit dan kematian akibat TB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Kajian mendapati penyediaan 3HP, kursus rawatan selama 12 minggu, boleh menghasilkan anggaran pengurangan 13 peratus dalam bilangan kontak yang menghidap TB. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Hampir sejuta kematian menjelang 2035 jika pencegahan TB tidak dijalankan - Kajian PBB
UNITAID menegaskan kepentingan pelaksanaan strategi gabungan iaitu mengenal pasti kontak rapat dan menyediakan rawatan pencegahan TB.

ASEAN perlu perhebat sokongan kewangan untuk akhiri TB - KKM
Negara anggota ASEAN (AMS) perlu memperhebat sokongan kewangan untuk membawa diognastik, ubat dan regimen ubat, serta vaksin baharu ke dalam pasaran bagi melawan penyakit batuk kering (TB).

Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kos ujian dan rawatan yang tinggi melibatkan penyakit TB perlu dikaji semula.

Dua pelajar UTM positif Tuberkulosis dirujuk HSA, kembali teruskan pengajian
Kedua-dua pelajar rakyat tempatan itu kini dipantau Pusat Kesihatan UTM, diberi ubat dan rawatan selain dikehendaki membuat pemeriksaan berkala untuk menilai perkembangan semasa mereka.

Semua pekerja asing diwajibkan jalani pemeriksaan- Richard Riot
Pekerja asing diwajibkan menjalani proses pemeriksaan, khususnya berkaitan kesihatan, kata Menteri Sumber Manusia.