WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meluluskan perjanjian pembekalan senjata, bom dan jet tempur bernilai berbilion dolar kepada Israel secara rahsia.
Washington Post melaporkan, kelulusan itu merangkumi pembekalan 1,800 bom MK84 seberat 907 kilogram (kg) dan 226kg bom MK82.
Bom seberat 907kg mampu menghancurkan sebuah bandar dan meninggalkan kawah di bumi sedalam 12 meter.
Senjata pemusnah itu tidak pernah digunakan oleh tentera barat di lokasi berpenduduk padat kerana risiko menyebabkan kematian orang awam.
Sebaliknya, Israel tanpa rasa bersalah menggunakan bom itu sewenang-wenangnya semasa mengebom kem pelarian Jabalya di Gaza pada 31 Oktober lalu.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya serangan terbabit kerana meragut nyawa 100 orang.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan kerana ia belum diumumkan oleh pihak bertanggungjawab.
Situasi itu sekaligus menyaksikan AS tidak pernah peduli dengan jenayah genosid yang dilancarkan Zionis Israel kerana menyalurkan bantuan berterusan kepada Israel.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meluluskan pusingan baharu rundingan gencatan senjata di Gaza, sehari selepas mahkamah tertinggi dunia mengarahkan Israel memastikan bantuan sampai kepada penduduk Palestin yang kebuluran.
Walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengikat keputusan ‘gencatan senjata segera’, pertempuran masih berlaku di Gaza termasuk di sekitar beberapa hospital yang masih berfungsi.
Kementerian Kesihatan di wilayah dikuasai Hamas melaporkan puluhan orang terbunuh dalam serangan berkenaan.
Angka korban itu termasuk 12 sekeluarga yang disyaki terbunuh di rumah mereka di bandar selatan Rafah, yang dibom berulang kali menjelang operasi darat yang diancam Israel.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant memaklumkan IDF akan meningkatkan intensiti serangan dan mengembangkan kempen perang ke atas Hezbollah di selatan Lubnan.
Astro Awani
Sun Mar 31 2024

Situasi itu sekaligus menyaksikan AS tidak pernah peduli dengan jenayah genosid yang dilancarkan Zionis Israel kerana menyalurkan bantuan berterusan kepada Israel.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.

Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok
Remaja perempuan yang ditahan kerana menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya, Perai di sini pada Jumaat lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.

Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.

Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.

Kamala Harris enggan henti bekal senjata kepada Israel
Harris menyatakan pendiriannya untuk terus menyokong Israel, namun berusaha untuk memastikan gencatan senjata dalam konflik Gaza dicapai.

Polis jumpa senjata disyaki digunakan semasa serangan di Solingen dalam tong sampah
Polis jumpa senjata yang disyaki digunakan dalam serangan maut di Bandar Solingen, barat Jerman dalam sebuah tong sampah.

4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan
Sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan pistol dan parang dilaporkan bergaduh selain turut dilaporkan melepaskan tembakan.