GAZA: Hanya satu peratus bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dapat membantu penduduknya, mesikpun terdapat peningkatan aliran bekalan.
Situasi ini disebabkan kekurangan bahan api yang kritikal menyebabkan pengagihan makanan dan bekalan perubatan menjadi semakin sukar.
Jurucakap Agensi Pelarian Palestin Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Julietta Touma berkata meskipun terdapat peningkatan bilangan trak bantuan yang memasuki Gaza, ia masih tidak mencukupi.
Ini kerana secara purata hanya 14 trak memasuki setiap hari berbanding 400 trak yang diperlukan bagi menampung 2.3 juta penduduk Gaza yang kini terdesak mendapatkan keperluan penting seperti roti.
"Kami juga menghadapi cabaran dengan bekalan, bekalan yang telah kehabisan, kerana keperluan yang sangat besar dan pengagihan menerusi pengagihan dari awal.
"Konvoi, sangat-sangat sedikit, hanya 1 peratus daripada apa yang diterima Gaza sebelum ini. Jadi, kami meminta pertambahan bilangan trak ini.
"Kami juga memerlukan minyak untuk trak ini, kami tidak menerima apa-apa bahan api, bukan UNRWA, bukan seluruh Gaza. Tiada bahan api dapat masuk ke Gaza sejak 7 Oktober," katanya.
Touma menambah cabaran besar dalam pengoperasian mereka termasuk tidak dapat menampung jumlah rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal adalah empat kali lebih banyak daripada yang mereka sasarkan.
Beliau turut memaklumkan operasi berdepan kesulitan, kerana 67 sukarelawan UNRWA turut terkorban.
“Kami mempunyai 670,000 orang di pusat perlindungan kami. Adakah kita mampu memberi bantuan kepadasemua orang? Tidak, sudah tentu kami tidak mampu, kerana mereka berada di seluruh Semenanjung Gaza.
"Ramai sebenarnya masih di utara atau di kawasan tengah. Pasukan kami juga terkesan. Kami tidak dapat membantu semua orang yang memerlukan, jadi kami tidak dapat memenuhi tugas kemanusiaan kami terhadap rakyat, komuniti yang kami berkhidmat di Semenanjung Gaza," katanya.
Di sebalik kebenaran bantuan memasuki Gaza, Israel laksana pemeriksaan ke atas mana-mana bantuan yang masuk.
Sehingga kini bantuan bahan api masih dilarang ke Gaza, atas sebab ia akan dimanipulasi pejuang Hamas untuk tujuan ketenteraan mereka.
Angka kematian akibat pengeboman di gaza kini meningkat kepada lebih 8,525 orang termasuk 3,542 kanak-kanak.
Astro Awani
Tue Oct 31 2023

Rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal kini berteduh di khemah yang disediakan UNDP di Khan Younis. - Foto AP
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Perlu ada jawatankuasa selaras misi bantuan kemanusiaan ke luar negara
Ia untuk mengawal selia misi kemanusian yang akan memudahkan gerak kerja NGO serta memastikan tidak berlaku sebarang ketirisan.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.

Risiko kebuluran di Gaza masih wujud - Ketua Kemanusiaan PBB
Fletcher turut menekankan keperluan mendesak bekalan makanan dan perubatan bagi wilayah yang didiami lebih 2 juta orang.

Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.

Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.

Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.

Program Makanan Sedunia: Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar
Dengan kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke utara Gaza, WFP sedang berusaha untuk menambah lebih banyak pusat pengagihan.