BANGKOK: Jurang jantina digital menghalang rantau Asia-Pasifik mencungkil bakat dalam kalangan wanita dan gadis, menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).
Dalam satu kenyataan, ESCAP memaklumkan hanya 54 peratus wanita di rantau Asia Pasifik menggunakan internet berbanding 59 peratus golongan lelaki.
ESCAP mendedahkan bahawa di negara berpendapatan rendah dan sederhana di rantau ini, berkemungkinan 20 peratus wanita kurang memiliki telefon pintar atau menggunakan Internet pada peranti mudah alih berbanding lelaki.
"Selain itu, walaupun sesetengah wanita dan kanak-kanak perempuan memiliki peranti digital, mereka sering hidup dalam konteks di mana mereka tidak mempunyai autonomi untuk menggunakannya dan tidak dapat memanfaatkan alat digital untuk diri mereka sendiri," katanya.
Selain daripada akses dan kemahiran digital yang tidak mencukupi, ESCAP memaklumkan stereotaip jantina dan norma sosial terus menghalang kemajuan transformasi digital yang sama rata.
"Sensitiviti jantina dalam sistem pendidikan digital dan pembangunan teknologi baharu adalah asas untuk mengurangkan jurang capaian digital antara lelaki dan wanita," menurut ESCAP.
Oleh itu, ESCAP menyeru semua negara untuk mengesahkan komitmen bersama supaya "tidak meninggalkan sesiapa tanpa capaian internet" dan mempercepatkan usaha ke arah membina dunia digital yang lebih selamat, boleh diakses, inklusif dan saksama untuk wanita dan gadis.
Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang dianjurkan oleh PBB di Bangkok, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Eksekutif Ekonomi dan ESCAP Armida Salsiah Alisjahbana berkata ruang digital masih belum neutral jantina dan jantina- inklusif.
"Akses kepada inovasi teknologi tidak sama rata di seluruh rantau Asia-Pasifik," katanya dalam ucapan perasmiannya pada hari peringatan serantau sempena Hari Wanita Antarabangsa di Bangkok.
Hari Peringatan Wanita Antarabangsa, bertemakan DigitALL: Innovation and technology for gender equality, program itu menyerlahkan lagi peranan penting wanita dan gadis yang berusaha mengubah dunia agar saling berhubung.
Acara itu juga mempromosikan rangkaian digital yang berdaya tahan serta perkongsian rangkuman digital termasuk kerjasama serantau antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bagi memastikan ketersambungan yang boleh diakses dan boleh dipercayai di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

ESCAP memaklumkan hanya 54 peratus wanita di rantau Asia Pasifik menggunakan internet berbanding 59 peratus golongan lelaki. - Gambar hiasan

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.

Isu jurang gaji siswazah antara jantina perlu ditangani - Nancy
Langkah segera perlu diambil untuk menangani jurang gaji antara siswazah wanita dengan lelaki di Malaysia, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.

OIC nyatakan kebimbangan larangan Afghanistan berhubung pendidikan perubatan wanita
Pihak berkuasa de facto Afghanistan melarang wanita daripada mengikuti kursus kejururawatan dan perbidanan.

Tahap kesedaran jalani imbasan awal kesan kehamilan kembar Siam masih rendah di Malaysia - Pakar
Tahap kesedaran wanita di Malaysia khususnya dalam menjalani proses imbasan awal bagi mengesan kehamilan kembar Siam masih berada pada tahap yang rendah.

Jumlah pemimpin wanita di Malaysia masih rendah - Teo
Jumlah wanita yang menjadi Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan menteri di Malaysia masih rendah, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.