NEW YORK: Dialog dan rundingan satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Ukraine, kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun.
Beliau berkata demikian ketika berucap di sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis.
"Dialog dan rundingan merupakan satu-satunya pendekatan untuk mengakhiri krisis ini. Kami (China) akan terus terlibat secara membina dalam menyumbang ke arah penyelesaian yang aman," katanya.
Dalam ucapannya itu beliau turut menyuarakan mengenai pendirian China berhubung situasi kemanusiaan di Ukraine.
Zhang berkata keadaan kemanusiaan di Ukraine yang semakin memburuk menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa, selain ramai turut kehilangan tempat tinggal.
"Keutamaan sekarang adalah pihak yang berkonflik bersabar dan bertenang, dan berusaha ke arah gencatan senjata bagi mencegah berlakunya krisis kemanusiaan secara besar-besaran," ujarnya.
Mengenai penglibatan China dalam membantu meredakan krisis berkenaan, Zhang menyatakan, China sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kemanusiaan berbentuk barangan keperluan kepada Palang Merah Ukraine.
Dalam pada itu, beliau menyeru pihak terbabit supaya mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dalam usaha melindungi nyawa rakyat terutamanya wanita dan kanak-kanak, serta memudahkan pemindahan dan operasi menyelamat.
Zhang turut mengakui, selain daripada ancaman COVID-19, kesan sampingan akibat krisis Ukraine juga dirasai dunia, sekali gus memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan perdagangan, kewangan, tenaga, barang makanan dan rantaian bekalan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022

Zhang Jun berkata dialog dan rundingan merupakan satu-satunya pendekatan untuk mengakhiri krisis. - Gambar fail/REUTERS

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Warga emas muat naik hantaran bersifat palsu dipenjara enam bulan - MCMC
Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas gagal membayar denda RM30,000 atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Kementerian Pengangkutan sokong usaha Ocean Infinity cari semula MH370 di Lautan Hindi
Kementerian Pengangkutan menyatakan sokongan penuh terhadap langkah proaktif Ocean Infinity dalam menggerakkan kapal sokongan laut dalam di Lautan Hindi bagi meneruskan pencarian MH370.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang.

Hanya dialog, rundingan mampu atasi krisis Rusia-Ukraine - Duta China
Dialog dan rundingan satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Ukraine, kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun.

Tentera Rusia kembali berkumpul berhampiran Kiev
Ukraine mendakwa tentera Rusia mengebom bandar-bandar di negara itu dan turut memusnahkan sebuah hospital psikiatri.