Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pada dunia bahawa pentingnya kerjasama sejagat untuk memerangi rasuah.
Ketika ini katanya, sempadan antara negara yang lebih mudah dibolosi membolehkan wang mudah dipindahkan, justeru sesebuah negara tidak boleh bersendirian untuk mengatasinya.
“Kesepakatan antara negara amat penting supaya wang tidak mudah dipindah kerana jenayah tidak terhad dalam sesebuah negara sahaja.
“Saya mempunyai harapan yang cukup tinggi IAACA akan terus bertemu dan berbincang mencari jalan menangani rasuah dan penyelewengan dengan lebih berkesan,” katanya.
Beliau menyampaikan ucaptama Persidangan Agung dan Mesyuarat Tahunan ke-10 Persatuan Penguatkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA) pada Selasa.
Selama hampir 40 minit beliau berucap disaksikan delegasi dari kira-kira 140 buah negara anggota IAACA di Vienna International Centre, memberi contoh apa yang berlaku di Malaysia khususnya berkenaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana sejumlah besar wang Malaysia digubah di Amerika Syarikat.
Dek kes tersebut, kerajaan baharu yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terpaksa memperbetulkan kembali keadaan negara yang telah dirosakkan kerajaan terdahulu.
“Kami telah meletakkan diri sebagai negara yang paling korup di dunia. Kami tidak mahu dikenali dengan gelaran itu lagi.
“Justeru, penting supaya kepimpinan untuk tidak korup, jika pemimpin korup seluruh negara akan korup,” tegasnya.
Terdahulu, Presiden IAACA, Dr Ali Fetais Al-Marri memberi penghargaan kepada usaha Malaysia memerangi rasuah dengan penubuhan Dana Dr Mahathir Mohamad.
Dana tersebut adalah bertujuan untuk membela dan memberi sokongan kepada mana-mana anggota serta pegawai penguatkuasa yang berdepan ancaman dan kesulitan dek ketegasan dalam menjalankan tugas memerangi rasuah.
Al-Marri yang juga Peguam Negara Qatar mengumumkan bahawa mereka menyumbang 1 juta Riyal Qatar, menyusuli Malaysia yang sebelum ini diumumkan menyumbang sejumlah RM500,000 sebagai pembuka dana.
Ucaptama tersebut merupakan kemuncak lawatan kerja rasmi Dr Mahathir ke Austria yang berlangsung tiga hari bermula 20 hingga 22 Januari.
Persidangan yang bermula pada Selasa akan berakhir pada Khamis.
Israr Khalid
Tue Jan 22 2019
Ketika ini katanya, sempadan antara negara yang lebih mudah dibolosi membolehkan wang mudah dipindahkan, justeru sesebuah negara tidak boleh bersendirian untuk mengatasinya. - Foto Astro AWANI
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Hanya kerjasama antarabangsa mampu tangani korupsi - PM
Ketika ini katanya, sempadan antara negara yang lebih mudah dibolosi membolehkan wang mudah dipindahkan, justeru sesebuah negara tidak boleh bersendirian untuk memeranginya.