SYDNEY: Misi mencari anggota tentera Australia yang hilang selepas helikopter yang dinaiki terhempas di perairan Queensland diteruskan pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Empat anggota hilang selepas helikopter MRH-90 Taipan karam di perairan berhampiran Pulau Hamilton ketika menyertai latihan ketenteraan pada Jumaat, kata menteri untuk petugas pertahanan, Matt Keogh.
"Misi mencari sedang berjalan melibatkan anggota Angkatan Pertahanan Australia dan rakan-rakan kami dari Angkatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), serta perkhidmatan kecemasan Queensland.
"Misi mencari itu dijalankan dalam persekitaran yang mencabar. Kami telah menjumpai sebahagian serpihan pesawat yang sedikit sebanyak akan membantu misi mencari kami," kata Keogh.
Keogh berkata kira-kira 50 helikopter MRH-90 telah direhatkan dan tidak beroperasi buat sementara waktu.
Beliau berkata helikopter itu dijadualkan menamatkan operasinya pada akhir tahun depan, namun, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi kerana siasatan masih berjalan.
Helikopter itu menyertai Latihan Talisman Sabre, melibatkan hampir 30,000 kakitangan dari 13 negara, termasuk Jerman, AS dan Perancis.
Latihan dihentikan selepas kejadian itu, tetapi disambung semula pada Sabtu, kecuali aktiviti khas di Whitsundays masih ditangguhkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Empat anggota hilang selepas helikopter MRH-90 Taipan karam di perairan berhampiran Pulau Hamilton ketika menyertai latihan ketenteraan pada Jumaat. -Gambar fail/www.navy.gov.au
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Helikopter terhempas: Misi cari anggota tentera Australia diteruskan
Kira-kira 50 helikopter MRH-90 telah direhatkan dan tidak beroperasi buat sementara waktu.

4 kru tentera Australia hilang dalam kejadian helikopter terhempas
Empat kru itu terlibat dalam latihan tentera terbesar bersama tentera Amerika Syarikat dan Australia.