BANDARAYA GAZA: Ketua Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) pada Rabu menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama "padang jarak padang terkukur" ekoran serangan kejam Israel di wilayah Palestin yang dikepung.
"Hari ini saya melawat Semenanjung Gaza untuk bertemu dengan kanak-kanak, keluarga mereka dan kakitangan UNICEF. Apa yang saya lihat dan dengar amat mendukacitakan. Mereka terpaksa mengharungi bom berulang kali, kemusnahan dan hilang tempat tinggal," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Pengarah Eksekutif UNICEF Catherine Russell.
"Di wilayah ini, tiada tempat selamat untuk 1 juta kanak-kanak Gaza," katanya.
Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih 4,600 kanak-kanak terbunuh dan hampir 9,000 lagi cedera di Semenanjung Gaza.
"Ramai kanak-kanak hilang dan dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan dan rumah susulan penggunaan bahan letupan di kawasan berpenduduk," kata Russell.
"Bayi yang baru lahir yang memerlukan penjagaan khusus meninggal dunia di sebuah hospital di Gaza kerana tiada bekalan elektrik dan kelengkapan perubatan, di tengah-tengah keganasan yang berterusan dengan kesan yang teruk," katanya.
Beliau menggesa pihak-pihak yang terlibat dalam konflik Gaza supaya "menghentikan kekejaman."
"Saya sekali lagi menyeru semua pihak supaya memastikan kanak-kanak dilindungi dan dibantu, mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Hanya pihak yang terlibat dalam konflik boleh menghentikan keganasan ini," kata Russell.
Sekurang-kurangnya 11,320 rakyat Palestin terbunuh termasuk hampir 7,800 wanita dan kanak-kanak, dan lebih 29,200 lagi cedera sejak 7 Okt, menurut angka terkini pihak berkuasa Palestin.
Beribu-ribu bangunan, termasuk hospital, masjid, dan gereja rosak atau musnah dalam serangan tentera penceroboh Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
!['Hentikan kekejaman,' kata ketua UNICEF semasa melawat Gaza 'Hentikan kekejaman,' kata ketua UNICEF semasa melawat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699654907_TBGaza.jpg)
Ketua UNICEF pada Rabu menyifatkan keadaan di Semenanjung Gaza umpama "padang jarak padang terkukur". - AP
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
![Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737961536_PalestiniansGaza.jpg)
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
![Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738060610_TBGaza.jpg)
Lebih 350 trak UNICEF masuk Semenanjung Gaza pada minggu pertama gencatan senjata
UNICEF mempercepatkan pengagihan bekalan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dengan lebih 350 trak memasuki kawasan itu pada minggu pertama gencatan senjata yang dinanti-nantikan.
![Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737696714_Palestine.jpg)
Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.
![Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735423607_TBGaza.jpg)
Kanak-kanak di zon konflik: Krisis global yang memburuk
Kira-kira 473 juta kanak-kanak, atau lebih daripada satu dalam enam kanak-kanak, dianggarkan tinggal di kawasan konflik di seluruh dunia.
![Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733060835_gazaUNRWA.jpg)
Jumlah kanak-kanak tinggal di kawasan konflik catat rekod tertinggi - UNICEF
Lebih ramai kanak-kanak kini tinggal di kawasan konflik atau terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat pertempuran berbanding sebelum ini.
![UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734176745_Muwassicamp.jpg)
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
![PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724483242_TBStephaneDujarric.jpg)
PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.
![Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700687708_CatherineRussell.jpg)
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
![Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729588906_AmarDouglas.jpg)
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral - Abang Jo
Pelaburan bagi kesejahteraan kanak-kanak bukan sekadar kewajipan moral semata-mata, tetapi ia juga adalah satu keperluan ekonomi, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
![Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728992087_poliovaccine.jpg)
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel
Kempen vaksinasi polio di Gaza bermula baik walau berdepan risiko serangan Israel