DUNIA hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita sedih pemergian aktor terkenal kelahiran Taiwan-Kanada, Godfrey Gao semasa menjalani penggambaran bagi program realiti popular di Taiwan, ‘Chase Me’.
Kematian aktor dan juga model terkenal ini disahkan oleh agensi JetStar Entertainment, tempat di mana Gao bernaung, yang pada awalnya menyatakan bahawa Gao telah pengsan semasa sesi penggambaran.
Pada mulanya, Gao, 35, dipercayai telah pengsan semasa sesi penggambaran sedang dijalankan yang dipercayai sekitar jam 2 pagi dan terus tidak sedar diri.
Mendiang kemudiannya dikejarkan ke hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir tiga jam selepas itu.
Sementara itu, pelakon Hong Kong, William Chan yang juga memegang watak utama bagi program ‘Chase Me’ mendakwa, di saat-saat akhir hayat rakannya itu dia dapat melihat Gao seperti sedang berlari dan kemudiannya kelihatan seperti mengah.
Selepas itu, jantung Gao juga dipercayai telah berhenti berdegup selama beberapa minit sebelum ia kembali seperti biasa sebelum dikejarkan ke hospital.
Ekoran itu, ramai netizen yang mengecam program ‘Chase Me’ itu kerana memberikan tugasan yang berat kepada peserta selaku artis-artis tempatan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku.
Para netizen juga menasihati agar mana-mana artis yang terlibat dalam program realiti tersebut supaya mempertimbangkan semula demi kesihatan dan aspek keselamatan mereka sendiri.
Gao yang juga model fesyen ternama setinggi 1.93 meter itu merupakan model lelaki Asia pertama yang muncul dalam kempen iklan jenama mewah dari Perancis, iaitu Louis Vuitton pada 2011.
Sejak itu, dia juga telah membintangi beberapa filem Hollywood antaranya ialah The Mortal Instruments: City of Bones pada 2013 dan membintangi sebuah filem romantik di China, iaitu Remembering Lichuan pada 2016.
Faris Danial Razi
Wed Nov 27 2019
Kematian Godfrey Gao mengundang kesedihan dan kedukaan yang mendalam dalam kalangan peminatnya. - Instagram @godfreygao
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Hero tampan dan ternama meninggal dunia di set penggambaran
Gao, 35, dipercayai telah pengsan semasa sesi penggambaran dijalankan yang dipercayai sekitar jam 2 pagi dan terus tidak sedarkan diri.