Houthi sebelum ini telah menyerang kapal Israel dan kapal lain di Laut Merah, mengganggu laluan perkapalan global, yang mereka nyatakan sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza semasa perang Israel dengan Hamas.
“Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika mereka kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza,” kata Al-Houthi dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perjanjian gencatan senjata di Gaza kelihatan rapuh selepas Hamas mengumumkan ia akan menghentikan pembebasan tebusan Israel kerana didakwa berlaku pelanggaran perjanjian oleh Israel.
Sebagai tindak balas, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mengarahkan tentera untuk berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi di Gaza dan bagi pertahanan dalam negara.
Houthi yang merupakan sebahagian daripada pakatan serantau anti-Israel dan anti-Barat yang dikenali sebagai Paksi Penentangan (Axis of Resistance) yang disokong oleh Iran, juga telah melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel, yang terletak ratusan kilometer di utara. - Agensi
![](https://img.astroawani.com/2024-10/71728293049_freesize.jpg)