JAKARTA: Presiden Iran, Ebrahim Raisi, berkata perkembangan hubungan antara Iran dan Indonesia menjanjikan kemajuan besar bagi kedua-dua negara, rantau ini dan masyarakat Islam.
Beliau menggariskan mengenai potensi sedia ada di kedua-dua negara Islam itu dan menekankan keperluan untuk membawa hubungan Tehran-Jakarta ke tahap baharu.
"Walaupun terdapat ancaman dan sekatan tidak adil, Republik Islam Iran telah mencapai kemajuan yang ketara dan mencapai keupayaan yang telah mewujudkan peluang baik untuk pembangunan hubungan dua hala," katanya.
Beliau berkata demikian ketika pertemuan dengan speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Puan Maharani, di Jakarta pada Selasa, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).
Sambil merakamkan penghargaan atas pendirian Indonesia yang menyokong rakyat Palestin dan Afghanistan, presiden Iran itu menganggap pengukuhan hubungan dua hala sebagai satu cara untuk menjamin kepentingan kedua-dua negara, rakyat di rantau itu dan umat Islam amnya.
"Tiada halangan dalam cara membangunkan hubungan," kata Raisi, sambil menyeru usaha untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang tenaga, perubatan, sains dan teknologi.
Pada pertemuan itu, Maharani turut menyuarakan sokongan terhadap perjanjian yang dicapai semasa lawatan Raisi ke Indonesia.
"Saya yakin hubungan kedua-dua negara bukan sahaja akan berkembang dalam bidang politik tetapi juga dalam bidang ekonomi dan perubatan," katanya.
Kedua-dua pihak memeterai 11 dokumen kerjasama dan memorandum persefahaman (MoU) mengenai pembangunan interaksi ekonomi dan politik.
Lawatan dua hari Raisi ke Indonesia telah membuka "lembaran baharu" dalam hubungan dua hala, memupuk kerjasama dalam menangani cabaran serantau dan mempromosikan kemakmuran bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023

Presiden Iran berkata perkembangan hubungan antara Iran dan Indonesia menjanjikan kemajuan besar bagi kedua-dua negara dan masyarakat Islam. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ketua baharu Hezbollah, Naim Qaseem akan ‘kuatkan’ pertahanan - Presiden Iran
Qassem yang berusia 71 tahun sering dirujuk sebagai orang "nombor dua" dalam Hezbollah.

Presiden Iran berkabung kematian Yahya Sinwar
Berita kematian Yahya Sinwar "sama-sama menyakitkan dan memilukan bagi pencinta kebebasan di seluruh dunia, terutama rakyat Palestin yang berani.

Penindasan ke atas umat Islam perlu dihentikan - Pezeshkian
Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan bahawa sistem penindasan ke atas umat Islam perlu dihapuskan melalui kerjasama dan sinergi antara negara-negara Islam.

Presiden Iran Pezeshkian angkat sumpah jawatan di Parlimen
Presiden Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah jawatan di Parlimen Iran untuk mula memimpin cabang eksekutif negara itu secara rasmi bagi tempoh empat tahun.

Malaysia, Iran bincang perkukuh hubungan dua hala
Speaker Parlimen Iran Mohammad Baqer Qalibaf dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengadakan pertemuan pada Isnin untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan serantau.

Iran akan mengikuti dasar luar didorong peluang - Pezeshkian
Pezeshkian berkata beliau akan mengutamakan pengukuhan hubungan dengan negara jiran untuk mempelopori pembentukan "rantau yang kuat".

Anwar ucap tahniah kepada presiden baharu Iran Dr Masoud Pezeshkian
Anwar dalam hantaran di laman Facebook berkata kemenangan itu mencerminkan semangat demokrasi rakyat Iran dan masa depan yang cerah buat negara itu.

Pezeshkian dahului pilihan raya presiden Iran
Masoud Pezeshkian mendahului pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran selepas 70 peratus undi selesai dikira setakat ini.

Pezeshkian dahului pemilihan Presiden Iran, kemungkinan undian penentu pada 5 Julai
Keputusan awal dalam Pilihan Raya Presiden ke-14 Iran mendapati Massoud Pezeshkian mendahului setakat ini.

Polisi luar negara Iran dijangka kekal walau dipimpin presiden baharu - Penganalisis
Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.