HUJAN lebat berterusan selama dua hari telah menyebabkan banyak jalan raya yang menghubungkan daerah di Wilayah Songkhla, Thailand termasuk Hat Yai yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia dilanda banjir.
Jalan lama antara daerah Muang dan Hat Yai ditutup pada pagi Ahad, lapor Bangkok Post.
Selain itu, banyak bahagian jalan raya, termasuk di Ban Khuan Hin dan Ban Bangkhan, dinaiki air dan tidak dapat dilalui kenderaan kecil.
Orang ramai yang melakukan perjalanan antara kedua-dua daerah dinasihatkan supaya mengelak jalan lama dan mengambil lebuh raya yang lebih baharu iaitu Jalan Lopburi Ramet.
Di kawasan bandar Tambon Phawong, air sedang dipam keluar dari kawasan banjir walaupun hujan terus turun.
Di daerah Rattaphum, jalan dari pekan daerah ke persimpangan Khuha turut dinaiki air. Pemandu yang dalam perjalanan dari Satun ke Rattaphum dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya lama Phetkasem.
Astro Awani
Sun Dec 18 2022

Antara laluan di Hat Yai yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan. - Gambar/ FB Cherdchai Ongsakul
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Betong akan membentuk hab yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di bawah rancangan pembangunan wilayah kerajaan.

Dakwaan DAP cuba hidupkan semula ideologi komunis, Musa Hassan akan dipanggil - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa parti DAP mempunyai agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis.

Narathiwat isytihar semua daerahnya sebagai zon bencana terjejas akibat banjir
Banjir di selatan Narathiwat melanda kesemua 13 daerah dalam wilayah itu dengan situasi di tiga daripadanya adalah kritikal, termasuk Ra-ngae yang menyaksikan sejumlah 2,700 rumah ditenggelami air.

Malaysia dan Thailand bekerjasama lanjut ETS ke Hat Yai
Kementerian Pengangkutan sedang bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi melanjutkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Padang Besar hingga ke bandar Hat Yai.

Mohd Nizam dibunuh kerana cara tunggangan motosikalnya - Polis Hatyai
Motif suspek menembak mangsa adalah kerana motosikal mangsa secara tiba-tiba memotong motosikal yang dinaiki suspek bersama rakannya.