VIENNA: Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Rafael Grossi pada Jumaat berkata dua pakarnya akan kekal berada di loji tenaga nuklear Zaporizhzhia di Ukraine, lapor Xinhua.
Grossi memberitahu pemberita selepas melawat tapak kemudahan itu bersama 14 anggota misi IAEA pada Khamis.
Seramai enam daripada 14 pakar IAEA akan terus berada di loji Zaporizhzhia selepas sesi lawatan itu.
Empat daripada enam pakar akan meninggalkan loji itu pada minggu depan, manakala dua lagi kekal di sana untuk tempoh masa yang panjang.
Awal minggu ini, Grossi mengetuai misi IAEA ke loji Zaporizhzhia, yang berdepan pelbagai serangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini hingga menimbulkan kebimbangan antarabangsa.
Ketua badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu berkata: "kami telah melihat aktiviti ketenteraan di sekitar loji, dan saya dan pasukan dapat melihat kesan pada bangunan akibat serangan."
Laporan mengenai situasi di loji Zaporizhzhia dijangka dikeluarkan awal minggu depan, katanya.
Beliau juga akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB mengenai isu itu Selasa depan.
Loji Zaporizhzhia, antara loji tenaga nuklear terbesar di Eropah, telah dikuasai tentera Rusia sejak awal Mac, tetapi kakitangan Ukraine masih mengendalikannya.
Ukraine dan Rusia saling menuding jari berhubung serangan terhadap kemudahan nuklear itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 03 2022

Awal minggu ini, Grossi mengetuai misi IAEA ke loji Zaporizhzhia, yang berdepan pelbagai serangan sejak beberapa minggu kebelakangan ini hingga menimbulkan kebimbangan antarabangsa.- REUTERS

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

Tiada bukti Iran sedang bina senjata nuklear - Ketua IAEA
IAEA menegaskan bahawa pemeriksa antarabangsa tidak menemukan sebarang bukti yang boleh menunjukkan bahawa Iran sedang membina senjata nuklear.

Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas oleh serangan Israel - Ketua IAEA
Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat.

China desak Jepun henti lepaskan sisa air nuklear terawat
Li Song turut mengulangi desakan supaya Jepun mematuhi sepenuhnya pemantauan antarabangsa yang ketat.

IAEA sahkan pelepasan sisa dari loji Fukushima lancar
IAEA mengesahkan tiada sebarang isu dikesan selepas dua fasa pelepasan sisa air radioaktif terawat.

Iran tarik balik lesen pakar IAEA yang buat pemeriksaan nuklear
Pihak berkuasa di Iran telah melucutkan pentauliahan pakar yang memeriksa senjata nuklear negara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korea Selatan hormati laporan IAEA mengenai air sisa loji nuklear Fukushima
Kerajaan Korea Selatan menghormati hasil laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai perancangan Jepun untuk melupuskan air sisa loji nuklear Fukushima.

IAEA bimbang keselamatan loji nuklear Zaporizhzhia
Rafael Grossi berkata keadaan di kilang Zaporizhzhia tidak dapat diramalkan dan berpotensi berbahaya.

China bantu Ukraine jamin keselamatan fasiliti nuklear
China akan menyumbang sebanyak 200,000 euro menerusi Agensi IAEA untuk membantu Ukraine mengukuhkan keselamatan kemudahan nuklear.