ISTANBUL: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mahu lebih banyak negara mengambil langkah perlu untuk mendakwa penumpang yang tidak terkawal di bawah Montreal Protocol 2014 (MP14).
Menurut IATA, angka terkini menunjukkan bahawa terdapat satu insiden tidak terkawal yang dilaporkan untuk setiap 568 penerbangan pada 2022, meningkat daripada satu bagi setiap 835 penerbangan pada 2021 dan pelanggaran yang kerap berlaku pada 2022 ialah ketidakpatuhan, penderaan lisan dan mabuk.
Katanya insiden penderaan fizikal kekal amat jarang berlaku tetapi ia mencatatkan peningkatan yang membimbangkan sebanyak 61 peratus berbanding 2021, berlaku sekali untuk setiap 17,200 penerbangan.
Timbalan Ketua Pengarah IATA Conrad Clifford berkata trend peningkatan insiden penumpang yang tidak terkawal adalah membimbangkan serta penumpang dan kru pesawat berhak untuk mendapat pengalaman yang selamat dan lancar di dalam kapal terbang.
"Penumpang perlu mematuhi arahan kru pesawat. Walaupun kru profesional kami terlatih untuk menguruskan senario penumpang yang tidak terkawal, adalah tidak boleh diterima apabila peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan semua orang tidak dipatuhi oleh minoriti penumpang yang kecil tetapi secara berterusan.
"Tiada alasan untuk tidak mengikut arahan kru pesawat," katanya dalam kenyataan.
Menurut IATA, walaupun insiden ketidakpatuhan pada mulanya merosot selepas mandat pelitup muka dimansuhkan dalam kebanyakan penerbangan, kekerapan mula meningkat semula sepanjang 2022 dan mengakhiri tahun tersebut kira-kira 37 peratus meningkat berbanding 2021 dengan contoh ketidakpatuhan yang kerap berlaku termasuklah menghisap rokok, e-rokok, vape dan peranti sedutan di dalam kabin atau tandas serta kegagalan untuk memakai tali pinggang keledar apabila diarahkan.
Clifford berkata kerajaan dan industri mengambil langkah yang lebih serius untuk mencegah insiden penumpang yang tidak terkawal dalam menghadapi peningkatan jumlah insiden tersebut.
Pelbagai negara sedang meratifikasi MP14 dan mengkaji semula langkah-langkah penguatkuasaan, memberikan mesej pencegahan yang jelas dengan menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk mendakwa tingkah laku yang tidak terkawal.
Bagi pihak industri, terdapat kerjasama yang baik. Sebagai contoh, memandangkan kebanyakan insiden mabuk berlaku daripada alkohol yang diambil sebelum penerbangan, sokongan daripada bar di lapangan terbang dan restoran untuk memastikan pengambilan alkohol yang bertanggungjawab adalah amat penting.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

IATA mahu lebih banyak negara mengambil langkah perlu untuk mendakwa penumpang yang tidak terkawal di bawah Montreal Protocol 2014 (MP14). -Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Kargo udara global melonjak 11.3 peratus tahun lepas, melangkaui rekod 2021 - IATA
Ini menandakan puncak bersejarah baharu, melangkaui volum 2021 sebanyak 0.5 peratus, sebelum ini merupakan rekod tertinggi.

Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.

Industri syarikat penerbangan akan pertingkat keuntungan pada 2025 - IATA
Jumlah pendapatan industri pula dijangka mencecah AS$1.01 trilion (RM4.46 trilion), peningkatan 4.4 peratus berbanding 2024.

AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.

Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.

Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas

IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.

IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.

IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.

Pelan hala tuju IATA papar kemungkinan peralihan tenaga menjelang 2050
Pelan itu juga dengan jelas menunjukkan usaha penyahkarbonan menjelang 2050 itu berkemungkinan dapat direalisasikan.