Tiada sebab diberikan untuk penutupan secara tiba-tiba itu.
Russell Vought, Pemangku Pengarah CFPB menghantar e-mel pada Sabtu malam, mengarahkan agensi untuk "memberhentikan semua aktiviti pengawasan dan pemeriksaan".
Ketua Pegawai Operasi Adam Martinez, menghantar e-mel lain pada petang Ahad, mengarahkan semua pekerja dan kontraktor di Washington untuk bekerja dari rumah kecuali diarahkan sebaliknya oleh pengarah atau wakilnya.
"Bangunan ibu pejabat akan ditutup minggu ini," kata e-mel itu.
CFPB ditubuhkan oleh pentadbiran Barack Obama untuk melindungi pengguna berikutan krisis kewangan 2008 dan skandal pinjaman gadai janji subprima.
Penutupan ini berlaku beberapa hari selepas Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif platform media sosial X dan Ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan AS yang baru diwujudkan, membuat catatan "CFPB RIP" dengan emoji batu nisan di X.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)