SOFIFI: Pasangan 'suami isteri' di Indonesia ini belum sempat merasai fasa bulan madu apabila kedua-duanya akhirnya kantoi kahwin sejantina.
Suspek dikenali sebagai Naim, 25, dan Jurnal, 26, kini ditahan pihak berkuasa kerana melangsungkan pernikahan di Halmahera Selatan, Maluku Utara yang jelas melanggar undang-undang.
Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
Majlis tersebut diadakan di Desa Sekely, Kecamatan Gane Barat Selatan pada 16 Mei lalu malah pernikahan pasangan itu turut menjadi tular di media sosial.
Jurucakap pihak berkuasa, Aditia Kurniawan berkata, Jurnal dan Naim didakwa memalsukan identiti.
"Jurnal telah menukar dirinya sebagai wanita menggunakan nama Dela La Udin. Naim turut bersubahat dalam perkara itu.
"Mereka kini berada dalam tahanan untuk membantu siasatan," katanya pada Rabu.
Difahamkan, Jurnal juga menggunakan maklumat peribadi palsu untuk mengisi dokumen berkaitan pernikahan dan menipu petugas perkahwinan (PPN) Desa Sekely.
Penyamaran Jurnal bagaimanapun disedari jurumekap (MUA) yang yakin dia bukanlah wanita semula jadi kerana tiada payudara seperti wanita normal ketika mahu mengenakan busana pengantin.
MUA tersebut kemudiannya memberanikan diri untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa setelah menemui gambar sebenar Jurnal yang ternyata seorang lelaki. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Fri Jun 07 2024
![Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717722429_pasangankahwinsej.jpg)
Perkahwinan mereka turut menjadi tular di media sosial. - Foto Sinar Harian/Agensi
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
!['Tiada perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod JAKIM' - Mohd Na'im 'Tiada perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod JAKIM' - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689925576_DatukDrMohdNaimM.jpg)
'Tiada perkahwinan sejenis didaftarkan dalam rekod JAKIM' - Mohd Na'im
Jelas beliau, mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, hanya perkahwinan antara lelaki dan wanita sahaja dibenarkan untuk didaftarkan.
![Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya... Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591957015_Marriedcouple.jpg)
Pelamin anganku musnah! 'Pengantin lelaki' rupa-rupanya...
Identiti pengantin lelaki itu gagal disembunyikan selepas tetamu mula curiga dengan perwatakan dia yang didakwa mirip seorang wanita.