KARACHI (Pakistan): Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.
Dua hakim Mahkamah Tinggi Islamabad mengarahkan Khan untuk hadir ke mahkamah dalam masa 10 hari lagi dan melarang polis daripada menahan beliau sepanjang tempoh itu, lapor Agensi Anadolu.
Mahkamah turut melanjutkan ikat jamin untuk kes Al Qadir Trust selama tiga hari.
Khan, ditemani isterinya Bushra Bibi, hadir di hadapan badan pemantau antirasuah Biro Akauntabiliti Nasional (NAB) berhubung kes rasuah bernilai US$237 juta, yang lebih dikenali sebagai kes Al-Qadir Trust.
Pemimpin berusia 70 tahun itu satu-satunya perdana menteri Pakistan yang digulingkan melalui undi tidak percaya sepanjang sejarah politik negara Pakistan selama 75 tahun.
Beliau berdepan pelbagai tuduhan termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram.
Kebanyakan kes yang didakwa ke atasnya, disifatkan Khan sebagai "palsu".
Beliau digulingkan sebagai perdana menteri selepas parlimen meluluskan undi tidak percaya pada April tahun lalu.
Khan, mendakwa terdapat konspirasi yang disokong pihak asing untuk menjatuhkannya.
Sebelum ini, beliau terselamat daripada cubaan membunuh ketika mengetuai perarakan antikerajaan pada November lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah. - Gambar fail/REUTERS

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini
Mahkamah membatalkan keputusan dalam kes perkahwinan tidak sah yang membuka jalan bagi kemungkinan pembebasan Khan.

Bekas PM Pakistan Imran Khan didapati bersalah, dihukum penjara tiga tahun
Keputusan itu sekali gus melucutkan kelayakannya memegang jawatan politik.

Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi
Mahkamah Pakistan pada Rabu melanjutkan ikat jamin kepada bekas Perdana Menteri Imran Khan untuk tujuh kes berasingan, selama 10 hari lagi, menurut rekod mahkamah.