Ikea menarik balik bebola daging yang dijual di restorannya berikutan dakwaan produk terbabit dicemari daging kuda.
Arahan ini melibatkan gedung Ikea di sebanyak 16 negara Eropah, susulan penemuan DNA kuda oleh pihak berkuasa Republik Czech pada Isnin.
Beg bebola daging beku telah dikeluarkan dari gedung di Slovakia, Republik Czech, Hungary, Britain, Portugal, Itali, Belanda, Belgium, Sepanyol, Cyprus, Greece dan Ireland.
Gedung di Sweden, Denmark, Perancis dan Romania pula mengeluarkan produk tersebut sebagai langkah keselamatan tetapi Ikea menegaskan bahawa tiada daging kuda di dalam bebola daging yang di gedungnya di Amerika Syarikat.
Bebola daging Ikea yang dijual di hampir seluruh negara Eropah, dibekalkan oleh satu syarikat yang berpangkalan di Sweden.
“Kami mengambil perkara ini dengan serius,” jelas jurucakap syarikat tersebut Ylva Magnusson kepada AFP.
Ikea merupakan syarikat terbaharu yang terlibat dalam skandal daging kuda didalam produknya. Isu DNA daging kuda pernah timbul di dalam burger daging lembu di Britain dan Ireland sebelum ini.
Menurut laporan AFP, Nestle membuat kenyataan pada Isnin bahawa mereka telah berhenti menggunakan khidmat pembekal dari Sepanyol apabila ujian mendapati terdapat DNA daging kuda dalam produk daging lembu.
Ikea pula, dalam satu kenyataan, berkata: “Kita telah dimaklumkan bahawa bebola daging mungkin mempunyai daging kuda berdasarkan ujian yang dijalankan di Republik Czech.”
“Ujian yang dilakukan oleh pihak kami tidak menunjukkan sebarang daging kuda. Namun kita akan membuat ujian susulan.”
Agensi Makanan Kebangsaan Sweden telah dimaklumkan mengenai ujian yang dilakukan oleh syarikat yang mengeluarkan bebola daging yang dijual oleh Ikea di kebanyakan negara Eropah.
Minggu lalu, Tesco di Republik Czech diarahkan untuk mengeluarkan produk lasagne daging lembu beku dari kedainya kerana dipercayai mempunyai daging kuda. Produk tersebut dikeluarkan oleh Tavola, sebuah syarikat di Luxembourg dan diimport oleh Nowaco.
Agensi
Tue Feb 26 2013

Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Rusia kesan daging kuda dalam sosej
Pihak berkuasa Rusia berkata pihaknya telah mengesan kandungan daging kuda dalam penghantaran sosej babi yang diimport dari Austria.

Bebola daging Ikea Malaysia selamat dimakan
Ikea Malaysia telah mengesahkan yang bebola daging syarikat itu selamat untuk dimakan.

Ikea tarik balik penjualan bebola daging di Eropah
Ikea menarik balik bebola daging yang dijual di restorannya berikutan dakwaan produk terbabit dicemari daging kuda.

Produk daging import di Malaysia bebas daripada daging kuda
Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan daging dan produk daging import di negara ini bebas daripada campuran daging kuda.

Jerman bimbang skandal penipuan daging
Susulan skandal penemuan daging kuda yang dilabel sebagai daging lembu, peruncit di Jerman bertindak untuk menghentikan penjualan produk berasaskan daging.