NEW DELHI: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan perjanjian pinjaman dengan Pakistan untuk mengeluarkan kira-kira AS$1.1 bilion dalam pembiayaan baharu untuk membantu negara itu mengatasi kemelut ekonominya.
"Lembaga IMF telah meluluskan program pemulihan EFF (Kemudahan Pembiayaan Lanjutan) untuk kami. Kini kami sepatutnya mendapat bayaran kali ke-7 dan ke-8 sebanyak AS$1.17 bilion," kata Menteri Kewangan Pakistan, Miftah Ismail.
Sambungan pembiayaan IMF untuk Pakistan di bawah program pembiayaan AS$6 bilion yang dipersetujui pada Julai 2019 diluluskan selepas kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Shehbaz Sharif baru-baru ini menerima syarat IMF yang berpangkalan di AS, termasuk penyatuan fiskal dan kenaikan harga petrol.
Pembiayaan untuk tempoh 39 bulan itu digantung awal tahun ini apabila kerajaan Imran Khan sebelum ini menawarkan bahan api dan elektrik pada kadar subsidi.
Lembaga IMF pada Isnin juga meluluskan lanjutan EFF sehingga akhir Jun 2023 dan meningkatkan jumlah akses di bawah kemudahan itu kepada kira-kira AS$6.5 bilion.
"Program ini bertujuan untuk menangani ketidakseimbangan dalam dan luar negara, dan memastikan disiplin fiskal dan kemampanan hutang sambil melindungi perbelanjaan sosial, menjaga kestabilan kewangan, dan mengekalkan kadar pertukaran yang ditentukan pasaran dan membina semula penimbal luar," kata IMF dalam satu kenyataan.
"Penyambungan semula program IMF itu secara rasmi adalah langkah besar ke hadapan dalam usaha negara meletakkan ekonomi Pakistan kembali di landasan," kata Shehbaz dalam catatan media sosial.
Kehabisan rizab pertukaran asing, peningkatan inflasi dan kejatuhan nilai rupee berbanding dolar US telah memburukan masalah ekonomi Pakistan.
Kerajaan Shehbaz, yang berkuasa sejak April, telah menaikkan harga bahan api dan tarif elektrik secara mendadak untuk memenuhi syarat penyelamat yang ketat IMF dengan langkah berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Ekonomi Pakistan sedang mengalami situasi yang sangat buruk, yang terkesan akibat perang di Ukraine, dan cabaran domestik, termasuk daripada dasar akomodatif yang mengakibatkan pertumbuhan tidak sekata dan tidak seimbang.
"Pelaksanaan mantap dasar pemulihan dan pembaharuan kekal penting untuk mendapatkan semula kestabilan makroekonomi, menangani ketidakseimbangan dan meletakkan asas untuk pertumbuhan inklusif dan mampan," kata Timbalan Pengarah Urusan dan Pemangku Pengerusi IMF Antoinette Sayeh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 30 2022
Penyambungan semula program IMF itu secara rasmi adalah langkah besar ke hadapan dalam usaha negara meletakkan ekonomi Pakistan kembali di landasan, kata Shehbaz. - REUTERS
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
IMF unjur pertumbuhan ekonomi UAE kekal sekitar 4 peratus pada 2025
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengekalkan pertumbuhan sekitar empat peratus pada 2025.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Ekonomi global berisiko terperangkap dalam pertumbuhan rendah - IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global berisiko terperangkap dalam laluan pertumbuhan rendah dengan hutang tinggi.
Presiden baharu Sri Lanka rancang rundingan segera dengan IMF
Menurut Anura Kumara Dissanayake, rundingan bertujuan memohon pelan penyelamatan ekonomi bernilai AS$2.9 bilion.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
Sri Lanka capai perjanjian penyusunan semula hutang
Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam pemulihan ekonomi negara selepas gagal membayar balik hutang pada tahun 2022.
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.