NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan memberi amaran negara bakal berdepan krisis serupa seperti Sri Lanka jika tindakan keras dikenakan terhadap partinya Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI).
Amaran itu dibuat ketika perhimpunan besar-besaran di bandar Rawalpindi pada petang Ahad ketika parti itu dan Imran menghadapi tekanan yang semakin meningkat daripada pentadbiran Islamabad.
"Jika anda mahu menghancurkan PTI, keadaan akan menjadi seperti di Sri Lanka," kata Imran dalam ucapannya di taman bersejarah Liaqat Bagh di Rawalpindi.
Beliau berkata jika parti popular negara itu tidak dibenarkan berpolitik, rakyat akan turun memprotes di jalan raya.
Pihak Berkuasa Kawalselia Media Elektronik Pakistan (PEMRA) pada Sabtu melarang ucapan bekas perdana menteri disiarkan secara langsung di saluran televisyen satelit.
Larangan itu dibuat selepas Imran berkata beliau akan memfailkan kes terhadap ketua polis Islamabad dan hakim berhubung dakwaan penyeksaan tahanan dan penderaan seksual terhadap penasihatnya Shahbaz Gill, ketika perhimpunan di Islamabad.
Pengguna media sosial mengadu tentang gangguan di platform YouTube semasa ucapan Imran.
"Tinjauan metrik menyokong laporan tentang gangguan di platform YouTube di Pakistan pada pelbagai penyedia internet," kumpulan pemantau Internet NetBlocks mengesahkan hal berkenaan dalam ciapan di Twitter.
Imran menerusi komen di media sosial mengecam tindakan keras itu.
"Ini bukan sahaja pencabulan terhadap kebebasan bersuara tetapi juga memberi kesan negatif kepada industri media digital dan mata pencarian ramai.
"Apa yang perlu mereka fahami adalah walau apa pun yang mereka lakukan, mereka tidak boleh menghalang hak rakyat iaitu Haqeeqi Azadi (kebebasan sebenar)," katanya.
"Ini hanya menzahirkan perbuatan yang terdesak demi kepentingan diri sendiri hingga sanggup mendorong Pakistan ke arah ketidaktentuan politik dan ekonomi," kata Imran.
Bekas perdana menteri itu telah mengadakan perhimpunan besar-besaran sejak kerajaannya digulingkan pada April melalui usul undi tidak percaya di Parlimen, yang didakwa Imran sebagai hasil pertukaran rejim yang disokong anasir luar.
Bekas perdana menteri itu merancang untuk mengadakan satu lagi perhimpunan besar-besaran di beberapa bandar utama dalam tempoh beberapa hari akan datang.
SPEKULASI DITAHAN
Sementara itu, kes telah difailkan terhadap Imran di bawah undang-undang antikeganasan berhubung kenyataannya di perhimpunan di Islamabad, mencetuskan spekulasi pada malam Ahad bahawa kerajaan merancang untuk menahan pemimpin politik itu.
Para pemimpin PTI mengeluarkan seruan supaya penyokong bersedia untuk mengadakan protes jalanan di seluruh Pakistan dan penyokong telah berkumpul di Bani Gala iaitu tempat tinggal Imran.
Naib pengerusi parti Shah Mahmood Qureshi dalam temu bual di televisyen memberi amaran kepada kerajaan Perdana Menteri Shehbaz Sharif bahawa pihaknya bakal berdepan akibat yang serius jika Imran ditangkap.
"Orang ramai sedang marah. Fikir seratus kali sebelum menyentuh Imran Khan," kata pemimpin kanan Hammad Azhar.
"Jika Imran Khan ditangkap oleh 'kerajaan import', kami akan 'mengambil alih' Islamabad dan mesej saya kepada polis ialah jangan terlibat dengan perang politik ini lagi," kata Ali Amin Khan Gandapur, seorang lagi ahli politik terkemuka.
Orang ramai berkumpul di kediaman Imran dan mengadakan demonstrasi di kebanyakan bandar.
"Terdapat seakan-akan suasana sambutan di Bani Gala pada pukul tiga. Wanita, keluarga dan ribuan pekerja turut hadir. Orang ramai turun di jalanan sekitar bandar-bandar utama, termasuk Lahore dan Faisalabad," kata pemimpin terkemuka PTI Fawad Chaudhry.
Beliau berkata beribu-ribu orang dari seluruh Pakistan sedang menuju ke Islamabad.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Imran Khan berkata jika parti popular negara itu tidak dibenarkan berpolitik, rakyat akan turun memprotes di jalan raya. - Reuters

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

Bekas PM Pakistan Imran Khan didakwa dalam kes serangan ibu pejabat tentera
Khan dan sekitar 100 pekerja serta pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpinnya, mengaku tidak bersalah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.

Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.

Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.

Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Pembebasan Bushra Bibi disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.

Imran Khan mohon jadi Canselor Universiti Oxford
Sebagai alumni Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat Imran menjadi Canselor, kata partinya.

Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.