NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis malam menuntut pilihan raya baharu diadakan ketika berucap pada perhimpunan besar di tapak bersejarah di Lahore.
Ia merupakan perhimpunan mega awam ketiga Imran sejak kerajaannya digulingkan awal bulan ini melalui usul undi tidak percaya di parlimen, disifatkan bekas perdana menteri itu sebagai operasi perubahan rejim yang disokong anasir luar.
Bagaimanapun, Imran tidak memberi sebarang tarikh untuk penganjuran perhimpunan besar-besaran yang dirancangnya di Islamabad bagi memberi tekanan ke atas kerajaan baharu serta meminta penyokongnya menanti pengumuman selanjutnya.
"Anda perlu menunggu saya menyeru anda semua ke Islamabad," katanya, ketika bercakap di monumen Minar-e-Pakistan.
Imran berkata "sesiapa yang telah melakukan kesalahan" dalam menjatuhkan kerajaannya boleh menebusnya dengan mengadakan pilihan raya baharu.
"Saya mahu pilihan raya diumumkan secepat mungkin," katanya.
Beliau meminta pemimpin dan anggota parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan untuk menyebarkan erti "perjuangan kebebasan sebenar", bagi membina sebuah negara yang tidak akan tunduk dengan kuasa luar.
Imran mengulangi kenyataan kerajaannya dijatuhkan kerana beliau mahu melaksanakan dasar luar yang bebas, memerangi Islamofobia di forum antarabangsa, dan menjalin hubungan lebih erat dengan China, Rusia dan negara-negara Islam demi kepentingan Pakistan.
Beliau berkata lawatannya ke Rusia pada Februari mendapat kritikan negara Barat, dilakukan untuk faedah ekonomi negaranya.
"Kenapa saya ke Rusia? Saya ke Rusia kerana bekalan gas di Pakistan semakin berkurangan dan kita perlu menandatangani kontrak," katanya.
"Rusia menawarkan minyak pada diskaun 30 peratus. Kita perlu mengimport dua juta tan gandum dari Rusia dan diskaun 30 peratus turut ditawarkan," kata Imran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Imaran Khan ketika berucap pada perhimpunan besar yang diadakan di Lahore. - Foto REUTERS
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Bekas PM Pakistan Imran Khan didakwa dalam kes serangan ibu pejabat tentera
Khan dan sekitar 100 pekerja serta pemimpin parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) yang dipimpinnya, mengaku tidak bersalah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong Imran Khan batalkan protes
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.

Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.

Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin dalam kes rasuah, keluarkan perintah pembebasannya
Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya.

Isteri bekas PM Pakistan bebas, dibawa ke kawasan mewah di Islamabad
Pembebasan Bushra Bibi disifatkan kelegaan undang-undang terbesar bagi Khan dan keluarganya sejak beliau dipenjara pada Ogos tahun lalu.

Imran Khan mohon jadi Canselor Universiti Oxford
Sebagai alumni Oxford, akan menjadi sesuatu yang gemilang untuk melihat Imran menjadi Canselor, kata partinya.

Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Dakwaan salah guna kuasa, bekas PM Pakistan Imran Khan direman - Laporan
Sebuah mahkamah di Pakistan pada Isnin mengarahkan bekas Perdana Menteri Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi direman sehingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa.

Calon bebas disokong PTI dominasi Pilihan Raya Pakistan
Calon bebas yang mendapat sokongan parti bekas perdana menteri Imran Khan dilaporkan mendominasi PRU Pakistan selepas SPR mengumumkan keputusan rasmi pada Ahad.