ANKARA: India pada Isnin berjaya melancarkan misi satelit navigasi GSLV-F12/NVS-01 ke orbit, umum agensi angkasa lepas negara itu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India, pelancaran misi itu berlangsung dari selatan India pada pukul 10.42 pagi waktu tempatan (0512GMT).
"Misi GSLV-F12/ NVS-O1 tercapai. Selepas penerbangan kira-kira 19 minit, satelit NVS-O1 masuk ke Geosynchronous Transfer Orbit," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
Terdahulu, agensi itu memaklumkan bahawa kenderaan pelancar itu direka untuk membawa satelit navigasi NVS-01, seberat kira-kira 2,232 kilogram (4,920 paun).
"NVS-01 ialah satelit generasi kedua untuk menjalankan navigasi bersama dengan perkhidmatan Indian Constellation (NavIC).
"Siri satelit NVS akan mengekalkan dan menambah NavIC dengan ciri yang dipertingkatkan," memetik kenyataan agensi itu pada minggu lalu.
Buat kali pertama "indigenous atomic clock akan diterbangkan dalam NVS-01.01."
NavIC ialah sistem navigasi satelit serantau India dan kawasan liputannya termasuk India dan sehingga 1,500 kilometer (932 batu) melangkaui sempadan India.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India, pelancaran misi itu berlangsung dari selatan India pada pukul 10.42 pagi waktu tempatan (0512GMT). - Gambar FB Facebook ISRO
Zelensky gesa AS, Eropah bersama Ukraine dalam rundingan damai dengan Rusia
Selepas Putin bersuara mengenai rundingan damai, kali ini giliran Zelensky pula berkongsi pandangan yang sama.
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
India berjaya lancar satelit navigasi NVS-O1
India pada Isnin berjaya melancarkan misi satelit navigasi GSLV-F12/NVS-01 ke orbit, umum agensi angkasa lepas negara itu, lapor Agensi Anadolu.