NEW DELHI: India meminta Kanada mengurangkan kehadiran anggota diplomatiknya di negara itu ketika hubungan antara dua negara semakin tegang.
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik. Jumlah mereka di sini jauh lebih tinggi daripada kami di Kanada," kata jurucakap Kementerian Luar Arindam Bagchi kepada pemberita di New Delhi pada Khamis.
"Butiran mengenai perkara ini sedang diusahakan, tetapi saya berpendapat akan ada pengurangan dari pihak Kanada," katanya.
Perbalahan diplomatik tercetus antara Kanada dan India pada Isnin selepas Perdana Menteri Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang ketua masyarakat Sikh Kanada.
Sambil menyatakan bahawa beliau tidak mahu meningkatkan ketegangan dengan India, perdana menteri Kanada pada Selasa berkata kerajaan India "perlu mengambil serius mengenai perkara ini".
India telah menolak dakwaan itu sambil menyifatkan ia sesuatu yang "tidak masuk akal dan mempunyai motif".
Hardeep Singh Nijjar, seorang penyokong vokal gerakan pemisah Khalistan berusia 45 tahun, ditembak mati oleh dua penyerang bertopeng pada 18 Jun di wilayah British Columbia.
Bagchi berkata Kanada tidak memberi sebarang maklumat khusus kepada India dalam kes ini.
"Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat khusus seperti itu," katanya.
India turut menggantung perkhidmatan visa untuk warga Kanada.
BLS International, sebuah syarikat India yang mengendalikan pusat permohonan visa di Kanada, menerusi laman sesawangnya memaklumkan: "Notis penting daripada Misi India: berkuat kuasa 21 September 2023, perkhidmatan visa India telah digantung sehingga diberitahu kelak."
Bagchi berkata, misi diplomatik India di Kanada tidak dapat menyediakan perkhidmatan visa buat sementara waktu kerana "ancaman" yang dihadapi.
Beliau berkata situasi itu akan dikaji semula secara berkala.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
![India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695305571_Mashupbendera.jpg)
Perbalahan diplomatik tercetus antara Kanada dan India pada Isnin selepas Perdana Menteri Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan seorang ketua masyarakat Sikh Kanada. - Astro AWANI
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738996904_RamananRamakrishnan.jpg)
TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.
![7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India 7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738099827_StageCollapse.jpg)
7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.
![India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738015141_DelhiAirport.jpg)
India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."
![Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734766466_MatiMayatBunuh.jpg)
Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.
![Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737905846_indoindia.jpg)
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
![11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India 11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737563747_penumpangmautr.jpg)
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
![Kuatkan semangat 'Nambikei', sambut Ponggal dengan ceria - Ramanan Kuatkan semangat 'Nambikei', sambut Ponggal dengan ceria - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736814052_DatukSeriRRamana.jpg)
Kuatkan semangat 'Nambikei', sambut Ponggal dengan ceria - Ramanan
Ramanan harap perayaan Ponggal tahun ini bawa kemakmuran, kesejahteraan dan kebahagiaan yang menceriakan buat negara dan masyarakat India.
![PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736770902_TBHARITAMIL.jpg)
PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal kepada komuniti India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Ponggal kepada seluruh komuniti India di Malaysia.
![Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736592658_SSubramaniam.jpg)
Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.
![6 maut dalam kebakaran kilang mercun di selatan India 6 maut dalam kebakaran kilang mercun di selatan India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729841090_Explosion.jpg)
6 maut dalam kebakaran kilang mercun di selatan India
Enam maut dan beberapa lagi individu cedera dalam kebakaran sebuah kilang mercun di Negeri Tamil Nadu, India pada Sabtu.