ANKARA: Penduduk di New Delhi dan kawasan sekitarnya terus menghadapi tahap pencemaran udara yang sangat tidak sihat, memaksa pihak berkuasa menutup sekolah rendah dan melaksanakan langkah-langkah tambahan.
Asap tebal itu mengakibatkan ramai penduduk mengadu mengalami kerengsaan mata dan sakit tekak, lapor Agensi Anadolu.
Menteri Pendidikan Delhi Atishi Marlena mengumumkan sekolah rendah di New Delhi akan ditutup sehingga 10 Nov.
Buletin kualiti udara dan cuaca yang dikeluarkan oleh kerajaan pada Isnin melaporkan kualiti udara di bandar raya itu pada tahap sangat tidak sihat dengan Indeks Kualiti Udara kekal pada 454 pada Ahad.
Menurut buletin itu, kualiti udara berkemungkinan berada pada tahap sangat tidak sihat sehingga 9 Nov.
Kualiti udara dalam julat antara 0-50 mempunyai kesan yang minimum terhadap kesihatan manakala tahap yang sangat tidak sihat oleh menyebabkan masalah pernafasan, menurut kerajaan.
Pencemaran udara di New Delhi menjadi isu bermusim yang berulang selama bertahun-tahun. Kualiti udara merosot, terutamanya semasa musim sejuk dari November hingga Januari.
Sementara itu, Kementerian Alam Sekitar, Hutan dan Perubahan Iklim India pada Ahad berkata keadaan meteorologi yang tidak baik, kebakaran ladang dan tiupan angin dari barat laut menyumbang kepada peningkatan Indeks Kualiti Udara di New Delhi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023

Pencemaran udara di New Delhi menjadi isu bermusim yang berulang selama bertahun-tahun. - Gambar fail/Reuters

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Premier Abang Johari beri 'lampu hijau' untuk projek jambatan di Sibu
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberikan 'lampu hijau' untuk pembinaan jambatan sepanjang 400 meter yang menghubungkan tebing barat Sibu dengan pusat bandar.

Hantar anak tuisyen pilihan peribadi- Fadhlina
Keputusan menghantar anak ke pusat tuisyen untuk mengikuti pembelajaran tambahan adalah pilihan peribadi.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

ASEAN berada di landasan jadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030 - Nik Nazmi
ASEAN berada di landasan untuk muncul sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, namun memerlukan pertumbuhan inklusif bagi memastikan seluruh komuniti mendapat manfaat.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.

Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.

Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan
Sektor pendidikan di Syria, terutamanya di Aleppo, menghadapi cabaran besar untuk dibangunkan semula.

British Council boleh 'lenyap' dalam sedekad tanpa bantuan kewangan
British Council terdapat di 100 negara di seluruh dunia tetapi kini terpaksa mempertimbang untuk menutup operasi di 30 hingga 40 negara.