NEW DELHI: India telah menolak permintaan daripada syarikat pengeluar minuman global dan domestik gergasi untuk mengecualikan beberapa jenis penyedut minuman plastik daripada larangan yang berkuat kuasa pada 1 Julai, sekaligus menimbulkan kebimbangan gangguan dalam industri yang bernilai berbilion dolar.
Larangan ke atas penyedut minuman yang dibungkus bersama pek kecil jus dan produk tenusu, yang memperoleh jualan tahunan kira-kira AS$790 juta, adalah sebahagian daripada usaha India untuk menghapuskan sampah plastik sekali guna.
"Kami bimbang kerana ini berlaku semasa musim permintaan berada pada paras paling tinggi," kata Praveen Aggarwal, ketua eksekutif kumpulan industri, Action Alliance for Recycling Beverage Cartons (AARC), merujuk kepada suhu musim panas di India.
Selama berbulan-bulan, AARC yang terdiri daripada PepsiCo (PEP.O), Coca-Cola Co (KO.N), Parle Agro India, Dabur (DABU.NS) dan sebuah pengeluar susu, telah melobi agar penyedut minuman itu dikecualikan, dengan alasan tiada alternatif lain.
Aggarwal berkata demikian selepas Kementerian Alam Sekitar menolak tuntutan kumpulan itu, dengan memaklumkan bahawa industri "harus bergerak ke arah penggunaan bahan alternatif", susulan diberi notis lebih setahun.
Pek jus kecil itu sangat popular dalam kalangan penduduk India kerana harganya yang sangat murah.
AARC berulang kali mendesak kerajaan untuk mengecualikan penyedut minuman tersebut daripada larangannya, dengan memberi alasan negara seperti Australia, China dan Malaysia membenarkan penggunaannya, dalam surat yang dihantar kepada kementerian pada Oktober lalu.
Perdana Menteri India, Narendra Modi percaya penyedut minuman kecil seperti itu adalah "produk utiliti rendah" yang membawa kepada sampah dan harus diganti dengan penyedut minuman kertas, kata sumber yang tidak mahu namanya disiarkan.
Semua jenis penyedut minuman plastik mesti diharamkan, kata Chitra Mukherjee, pakar pengurusan sisa di New Delhi, kerana bahan itu disenaraikan dalam 10 jenis barangan buangan marin paling banyak
Tetapi tiga pegawai kanan industri berkata mereka bimbang berlakunya gangguan dalam bekalan jus dan minuman, apatah lagi peralihan kepada pilihan lain boleh meningkatkan kos produk dan menjejaskan perniagaan.
Aggarwal berkata industri memerlukan sekurang-kurangnya 15 hingga 18 bulan untuk mendapatkan penyelesaian.
“Kami akan cuba meyakinkan kerajaan sekali lagi,” tambahnya.
Astro Awani
Sat Apr 09 2022

Pek jus kecil itu sangat popular dalam kalangan penduduk India kerana harganya yang sangat murah. - Foto REUTERS

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.

India tolak permintaan tangguh kuat kuasa larangan penyedut minuman plastik
Syarikat pengeluar minuman melobi agar larangan terhadap penyedut minuman itu dikecualikan, dengan alasan tiada alternatif lain.

Rumput Vietnam ini penyelesaian hijau untuk perangi 'straw' plastik
Bukan sahaja membantu kelestarian alam, penyedut minuman rumput itu juga boleh digunakan semula dan boleh mereput secara semula jadi.

Nestle syarikat pertama di Malaysia guna straw kertas
Nestle (Malaysia) Bhd bermatlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun.

Disneyland Paris sahut seruan hijau, tiada lagi penyedut minuman plastik
Disneyland Paris yang menerima kedatangan 15 juta pengunjung setahun, menghasilkan 19 tan sisa buangan pada tahun lalu.

McDonald's di UK dan Ireland akan guna penyedut minuman kertas ganti plastik
Isu pencemaran plastik menjadi masalah global yang kian membimbangkan, dan memerlukan tindakan segera demi penyelesaian jangka masa panjang.