MOSCOW: India menuntut Kanada menghantar pulang kira-kira 40 diplomat dari negara itu menjelang 10 Okt, berikutan dakwaan Ottawa bahawa New Delhi mungkin ada kaitan dengan pembunuhan seorang aktivis kemerdekaan Sikh di Kanada, Sputnik memetik laporan Financial Times pada Isnin, merujuk individu yang biasa dengan tuntutan itu.
Satu daripada sumber memberitahu media bahawa Kanada mempunyai 62 diplomat di India, sambil menambah bahawa New Delhi telah memaklumkan Ottawa untuk mengurangkan jumlah itu sebanyak 41 orang.
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu, kata laporan itu.
India dilaporkan berkata ia mahukan "kesamaan" dalam jumlah dan gred diplomat yang ditempatkan di setiap negara.
Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata pada September bahawa Kanada sedang meneliti "dakwaan yang boleh dipercayai" yang berpotensi mengaitkan pegawai India dengan pembunuhan Hardeep Singh Nijjar pada 18 Jun oleh dua lelaki bersenjata bertopeng di Surrey, British Columbia.
Pemimpin pemisah terkemuka itu berkempen untuk mewujudkan sebuah negara Sikh yang merdeka di India yang dinamakan Khalistan.
Susulan insiden itu, Kanada mengusir seorang diplomat India berpangkat tinggi yang didakwa ada kaitan dengan perisik asing India.
Sebagai tindak balas kepada tindakan Ottawa, pihak berkuasa India mengumumkan keputusan mereka untuk mengusir seorang diplomat kanan Kanada dan memintanya meninggalkan negara itu dalam tempoh lima hari.
Kementerian Luar India kemudiannya menggesa rakyatnya yang merancang untuk melawat atau sedang berada di Kanada supaya lebih berhati-hati memandangkan "aktiviti anti-India yang semakin meningkat".
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Tue Oct 03 2023

Ia berikutan dakwaan Ottawa bahawa New Delhi mungkin ada kaitan dengan pembunuhan seorang aktivis kemerdekaan Sikh di Kanada. -Gambar fail/Reuters

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Dasar perdagangan AS akibatkan kerugian AS$196 bilion di pasaran saham India
Pelabur ekuiti kehilangan sekitar 17 trilion rupee India (AS$196 bilion) berikutan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan dan tarif Amerika Syarikat (AS).

TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.

7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh.

India dan China bersetuju mulakan semula penerbangan terus
Kedua-dua negara memutuskan "untuk mengambil beberapa langkah berfokuskan rakyat bagi menstabilkan dan membina semula hubungan."

Maharashtra, India catatkan kematian pertama penyakit disyaki akibat Sindrom Guillain-Barre
GBS adalah penyakit neurologi yang menyebabkan kebas, lemah dan kesakitan secara tiba-tiba, selain menyebabkan cirit-birit.

Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.

11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.