JAKARTA: Indonesia akan mengguna pakai skim gelembung perjalanan untuk penganjuran sidang kemuncak G20 bagi memastikan keselamatan delegasi dan kakitangan daripada jangkitan COVID-19.
Skim itu akan menjadi garis panduan untuk setiap aktiviti pada sidang kemuncak dua hari di Bali yang berakhir 16 November, kata jurucakap kementerian kesihatan Dr Siti Nadia Tarmizi dalam satu kenyataan.
Beliau berkata gelembung perjalanan pertama adalah untuk perwakilan negara G20 termasuk rombongan utama mereka, manakala gelembung perjalanan kedua ke atas peserta dan wartawan.
Gelembung perjalanan ketiga pula untuk penganjur sidang kemuncak dan pegawai di lapangan, dan terakhir kepada semua kakitangan operasi dan sokongan yang terlibat dalam urusan penganjuran sidang kemuncak itu.
Langkah-langkah keselamatan lain termasuk vaksinasi, pemeriksaan kesihatan berkala dan ujian saringan. Sebelum ketibaan, semua peserta mesti telah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan menunjukkan sijil vaksin mereka.
Mereka juga perlu memberikan keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) negatif yang diambil maksimum tiga hari sebelum berlepas selain menjalani ujian antigen harian atau ujian PCR setiap tiga hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022

Skim itu akan menjadi garis panduan untuk setiap aktiviti pada sidang kemuncak dua hari di Bali yang berakhir 16 November. - Gambar fail

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

Malaysia dalam usaha adakan Sidang Kemuncak ASEAN-AS
Perkara itu telah dipersetujui pada peringkat Menteri-Menteri Luar ASEAN bagi memastikan ASEAN tidak dilihat condong ke mana-mana negara.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab pada 4 Mac bincang pembinaan semula Gaza
Sidang kemuncak itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari tetapi ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Arab Saudi bakal anjur mesyuarat 5 Pihak Arab bincang pembinaan semula Gaza
Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Lima Pihak Arab pada 20 Feb untuk membincangkan cadangan Mesir bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Brazil jadi tuan rumah sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro pada Julai
Brazil mengambil alih jawatan pengerusi pada 1 Jan dan mengetuai kumpulan kerja bagi menyediakan agenda dan topik untuk sidang kemuncak.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab mengenai Palestin pada 27 Februari
Sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung di Kaherah itu diadakan selepas rundingan dengan Bahrain serta Presiden Liga Arab ketika ini.

Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.

Senarai negara rakan BRICS akan diumumkan tidak lama lagi
Negara rakan BRICS akan mengambil bahagian dalam mesyuarat menteri luar BRICS dan dijangka hadir pada sidang kemuncak itu.

Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.