JAKARTA: Kesemua sembilan penumpang dan juruterbang pesawat ringan Cessna Grand Caravan terselamat selepas menjadi sasaran kumpulan penjenayah bersenjata di Papua, wilayah paling timur Indonesia.
Kejadian berlaku pukul 8.59 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Timika ke Beoga.
Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat di Beoga, menurut Direktorat Jeneral Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan.
Ketua Pengarah M. Kristi Endah Murni berkata: "selepas mendarat, juruterbang menemukan kesan tembakan di bahagian pod kargo D di sebelah kanan, menembusi lantai pesawat."
Selepas memastikan keselamatan dan mengesahkan pesawat masih boleh berfungsi, juruterbang memilih untuk menerbangkan pesawat milik PT Asian One Air kembali ke Timika dan kini sedang dinilai untuk proses pembaikan.
Kristi menegaskan bahawa Unit Operasi Lapangan Terbang Wilayah X Merauke bekerjasama rapat dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan untuk memantau dan menangani potensi ancaman keselamatan penerbangan.
Kumpulan penjenayah yang terkenal di wilayah itu kini menahan juruterbang warga New Zealand di daerah Nduga.
Juruterbang berkenaan ditahan sejak kumpulan itu membakar pesawat milik Susi Air di Lapangan Terbang Paro di Daerah Nduga pada 7 Feb 2023.
Pihak berkuasa meneruskan usaha membebaskan juruterbang itu dengan mengutamakan rundingan yang diketuai oleh kerajaan wilayah Nduga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024

Juruterbang berjaya mendaratkan pesawat di Beoga, menurut Direktorat Jeneral Pengangkutan Udara Kementerian Pengangkutan.- Gambar hiasan/Unsplash
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Indonesia: Kumpulan penjenayah sasar pesawat ringan, penumpang dan juruterbang selamat
Kesemua sembilan penumpang dan juruterbang pesawat ringan Cessna Grand Caravan terselamat selepas menjadi sasaran kumpulan penjenayah bersenjata di Papua, Indonesia.

Indonesia hantar lebih ramai polis bantuan ke Papua selepas keganasan baharu meletus
Para penunjuk perasaan membakar bangunan kerajaan, pejabat telekomunikasi dan stesen minyak serta membaling batu ke arah sebuah hotel di ibu kota wilayah iaitu Jayapura pada Khamis.