Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi berkata pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyokong rakyat yang merancang untuk menyambut Aidilfitri di kampung halaman mereka.
Pengurangan harga akan berkuat kuasa selama tempoh 15 hari, dari 24 Mac hingga 7 April, dengan tiket boleh dibeli dari 1 Mac hingga 7 April.
"Kami mahu memastikan rakyat dapat menikmati perjalanan yang lebih berpatutan dan selesa, terutamanya semasa perayaan penting seperti Aidilfitri," kata Dudy dalam satu kenyataan.
Kementerian Kewangan mengeluarkan peraturan yang menyediakan subsidi separa oleh kerajaan ke atas cukai nilai tambah (VAT) untuk penerbangan kelas ekonomi domestik.
Semua tiket ekonomi domestik yang dibeli antara tempoh itu akan menyaksikan VAT mereka dikurangkan kepada lima peratus, dengan baki enam peratus ditanggung oleh kerajaan.
Dudy juga mengetengahkan komitmen kerajaan untuk memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi semasa tempoh cuti yang sibuk, dengan kementerian memastikan bilangan pesawat yang mencukupi untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.
"Kami akan memastikan kapasiti penerbangan yang mencukupi dan meningkatkan keselamatan dan keselesaan penumpang," katanya.
-- BERNAMA
